Update 1: Ya, sudah agak lama aku tidak menulis. Adalah dalam hampir dua minggu. Dalam masa ini, aku punya busy bukan main lagi. Itu belum lagi hal skrin laptop yang asyik buat masalah walaupun lima atau enam kali aku berulang-alik ke Plaza Low Yat dalam masa seminggu. Petang nanti atau esok aku kena pergi semula ke sana untuk proses yang sama. Hotak dialah, berapa banyak kali nak suruh aku berulang-alik ini? Update 2: Bulan Ramadhan sudah dekat, mungkin esok sudah boleh berpuasa. Aku sangat suka bulan ini kerana kelainan dan keunikannya. Dia punya perasaan itu ada sedikit lain macam dan sangat tenang. Hopefully, batuk aku akan baik sebelum 1 Ramadhan ini. Ya, batuk ini amat menyeksakan jiwa dan raga. Update 3: Aku sebenarnya banyak yang ingin dibualkan. Bukan masalah kekangan masa sebenarnya, cuma rasa malas nak menulis itu yang membuatkan blog ini semakin kosong. But thankslah kau orang yang masih ada melawat, ada juga yang jenguk-jenguk. Kalau ada link blog, sila tinggalkan di ShoutMix Chat tersebut, nanti aku singgah kembali. Tetapi, jangan dok promote yang bukan-bukan sudahlah.
____________________
"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh." |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.