Aku dilahirkan pada 11 Safar 1405 Hijrah, jadi maknanya di sini aku lebih tua setahun jika dibandingkan dengan kalendar Masihi. Sepanjang aku hidup, amat jarang aku nak menyambutnya. Mungkin kerana aku agak pemalu dan tidak biasa menunjukkan perasaan secara terang-terangan, jadi aku lebih selesa untuk tidak menyambutnya. Hari lahir, we should thank our mother kan? Kalau tidak, mana mungkin kita boleh suka-suka, gedik-gedik, ‘berFacebook’, menulis di blog sendiri atau membaca blog orang (metafora sahaja ini). Jadi bagi orang yang terlebih bersosial ketika menyambut hari lahir itu, jangan sampai lupa perkara basic macam ini sudahlah. Aku tahu bahawa ramai lagi orang yang macam aku, yang jenis agak pemalu dan tidak reti nak menunjukkan perasaan secara terang-terangan (terutamanya lelaki). Nak buat macam mana, dah memang kita membentuk (atau dibentuk atau terbentuk) diri sendiri begini lalu terima sahajalah. Namun begitu, selagi kita boleh ingat tentang mereka (maksud aku ibu bapa) walaupun sekadar terdetik dalam ingatan, itu dah memadai daripada tidak ingat langsung. ____________________
"Though it really doesn't matter, I'll do it till I get it right."
|
Satio - Telefon Bimbit gua terbaru ;)
8/13/2010 3:03 AM