<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, January 9, 2010

The Last Shadow Puppets

Oleh kerana header baru aku menampilkan kugiran The Last Shadow Puppets, ada baiknya kalau aku cerita sedikit tentang diorang ini. Mungkin ada di antara korang yang dah tahu, tapi mungkin juga ada yang tak tahu. So aku akan ceritakan tentang apa yang menyebabkan band ini (atau duo?) sungguh menarik minat aku secara ringkas.

Band ini terdiri daripada dua orang pemuzik yang berasal daripada dua band yang berlainan. Salah seorang daripadanya adalah Alex Turner yang merupakan anggota band Arctic Monkeys dan yang seorang lagi adalah Miles Kane iaitu bekas anggota The Rascals (dan juga The Little Flames). Adalah sangat sayang apabila The Little Flames dibubarkan kerana aku amat menyukai suara Eva Petersen sewaktu diorang masih bersama.

Walaupun Alex dan Miles dalam band masing-masing menampilkan jalur muzik yang hampir sama iaitu rock (indie rock, alternative rock, post-punk revival dan sebagainya), namun minat diorang terhadap muzik klasik menyebabkan The Last Shadow Puppets ditubuhkan. Ini yang sebenarnya menampilkan kelainan terhadap muzik yang dibawakan oleh The Last Shadow Puppets apabila unsur-unsur muzik klasik diterapkan. Maka dengan itu ia dinamakan sebagai baroque rock (seperti mana yang dijelaskan oleh Wikipedia) di mana jalur muzik seperti ini banyak dilihat di Jepun.

Pengaruh The Beatles boleh dilihat dalam penghasilan album diorang. Ini sebenarnya adalah biasa bagi para pemuzik di Britain kerana The Beatles adalah suatu nama yang cukup besar dan berpengaruh. Setelah kemalapan zaman BritPop, kebanyakan band di Britain nampaknya sedang mencari satu kekuatan yang baru bagi mengatasi kemeriahan scene di Amerika Syarikat dan The Beatles dilihat masih lagi menjadi sumber inspirasi yang kuat.

Bagi aku, keistimewaan The Last Shadow Puppets sebenarnya banyak terletak pada kekuatan vokal Alex dan Miles. Sekali dengar, korang mungkin akan ingat orang yang sama saja menyanyikan kesemua lagu. Tapi sebenarnya keunikan vokal kedua-duanya adalah jelas serta mudah untuk dibezakan dan oleh kerana diorang berdua merupakan vokalis bersama, maka dengan itu pengkritik suka menyamakan diorang dengan The Beatles (melalui contoh gandingan John Lennon dan Paul McCartney).

Meskipun ini hanyalah sebuah side-project, namun aku masih berharap diorang tak membubarkannya. Muzik yang dibawakan oleh diorang adalah sangat menarik dan jarang didengari. Jadi sebagai permulaan, korang boleh cuba mendengar lagu-lagu seperti ‘Meeting Place’, ‘Standing Next To Me’ dan ‘Mistakes Were Made For You’.

SEKIAN
10:03 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Well-explained! Haha tak minat kugiran-kugiran ni, tp, mamat dlm gmbr tu comel kot? Hehe :P

1/11/2010 10:44 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

really? apa lagi khaleeqa, collect la gambar2 dia. hehe

1/12/2010 4:01 PM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

loothe guy on the right looks more like the vocalist in plain white tees to me. ;3

1/20/2010 3:44 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ohh he's Alex Turner of Arctic Monkeys. :)

1/20/2010 7:37 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik