 Katanya, Hawa menyukai Adam yang berharta. Tak kisahlah kalau Adam jauh lebih tua daripada dia umpama datuk dan cucu kerana senanglah nanti bagi dia memenuhi kehendak hatinya yang besar-besar (seperti kereta besar, gelang emas besar dan sebagainya). Aku pula, setakat ini taklah berharta mana melainkan barang-barang buruk seperti “kotak merah”. Katanya, Hawa pantang melihat jenisnya yang lain mempunyai lebih daripadanya. Nanti, mulalah dia sibuk nak beradu siapa yang lebih bagus di mana umpamanya apabila orang lain bertemankan Adam yang kacak, dia juga mahu begitu. Aku pula, rasanya tak tergolong dalam kategori kacak, comel dan apa kejadah lagi yang lain tapi seronok juga tak berada dalam kategori tersebut (what the hell, Aiman tak kisahlah). Dan sebenarnya, ini adalah sebahagian fakta yang aku pelajari daripada kursus Isu-isu Kekeluargaan. Korang kaum Hawa yang lain tak usahlah nak melenting pula membaca pos aku kali ini. Orang kata, siapa yang makan petai dialah yang telah melepaskan bauan “menyegarkan” tersebut, tak begitu? Fakta hodoh seperti di atas ini pun ada juga pada kaum Adam. Biasalah, masing-masing ada pro dan kontranya yang tersendiri. Kalau band Padi ada menyebut bahawa “cinta bukan hanya sekadar kata”, aku pula merasakan bahawa cinta itu umpama duit PTPTN yang lambat nak masuk ke dalam akaun bank (huh, what the hell?).
* Pendek kata, bila aku nak ada girlfriend ni? |
rambut sama berkutu,
hati lain lain.
:P
7/16/2009 8:53 PM