<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, July 13, 2009

Anjakan Paradigma

Pertama, aku tak pasti tajuk yang digunakan untuk pos kali ini bertepatan dengan apa yang cuba aku ceritakan. Keduanya, dah agak lama aku berfikir tentang perkara tersebut dan terfikir pula nak menulis berkenaannya yang mana satu hari nanti apabila fikiran sedang kusut, bolehlah aku kembali membaca apa yang pernah aku tulis sebelum-sebelumnya. Biasalah, hidup bukankah singkat?

Walaupun singkat, manusia seperti aku tak pernah sedar bahawa waktu berjalan begitu gila lajunya. Bak kata seorang manusia, orang kebiasaannya tak akan berfikir tentang saat tapi sebaliknya lebih kepada minit, jam, hari, bulan, tahun dan berikutnya. Contohnya, “Alah, ada lagi tiga jam. Nantilah aku buat.”

Aku selalu terfikir, kalau arwah ayah aku masih hidup agaknya akan beginikah jadinya? Sempat belajar di universiti, merasai bagaimana erti kesusahan, hidup di kalangan masyarakat yang cuma tahu mengata perihal orang lain tanpa seorang protector (merangkap ayah aku sendiri) dan sebagainya. Rasanya, mungkin ya atau mungkin juga tak dan ianya bergantung kepada bagaimana aku mahu melaluinya.

Aku kadang-kadang berasa cemburu juga melihat orang lain masih mempunyai ayah. Tapi, apa yang aku boleh buat hanyalah tersenyum. Hubungan antara ibu bapa dan anak sememangnya unik serta kuat cuma aku bukannya jenis manusia yang mudah atau secara terang-terangan menunjukkan perasaan aku (dah aku katakan, aku seorang pemalu).

Tapi, satu perkara dari dulu yang aku sentiasa ingat adalah pesan arwah ayah aku. Oleh kerana waktu remaja dulu aku sentiasa hidup dalam “fantasi”, maka aku banyak bersikap sambil lewa terhadap perkara-perkara penting umpamanya pelajaran. Maka, dia selalu mengingatkan aku bahawa sesuatu perkara akan menjadi mudah jika kita berfikir boleh melakukannya dan sebaliknya.

Aku selalu berfikir bahawa setiap masa pasti akan ada satu turning point tak kiralah ketika itu kita dalam keadaan senang atau susah. Turning point pertama aku yang besar terjadi setelah arwah ayah aku meninggal dunia empat tahun dulu. Dan selepas-selepas ini, aku tak tahu apa lagi turning point yang akan berlaku cuma harap-harapnya, ia adalah anjakan paradigma.


* But still, life is beautiful, isn't it?

SEKIAN
12:06 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik