<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, May 21, 2009

Little Manhattan

Let me tell you something about girls. They are basically gross.” Ahaks, jangan salah sangka pula, ini cuma dialog di awal permulaan filem Little Manhattan.

Adalah semalam seorang rakan di MySpace (sorry, aku tak tahu siapa nama kamu) yang menjenguk blog aku di situ mencadangkan supaya aku membuat satu review tentang filem Little Manhattan. Thanks to him, filem ini bolehlah aku masukkan dalam senarai filem komedi romantik yang paling menghiburkan. Mungkin kerana ini sebuah filem indie maka aku tak perasan akan kewujudannya dan nasib baik beliau itu mencadangkan idea tersebut (menontonnya).

Pertamanya, aku tak reti nak membuat review kerana aku tak mahir hal-hal teknikal atau teori berkenaan filem. Namun begitu, sebagai seorang yang suka menonton filem, aku cuma akan bercerita dari aspek seseorang yang mahu share pandangannya dan keterujaannya setelah menonton sesebuah filem. Maka, ini possibly (bak kata Will Smith dalam filem The Pursuit of Happyness) adalah sebuah review yang lemah tapi aku akan cuba menceritakan hal-hal menarik yang terdapat di dalam filem tersebut.

Rasanya, kebanyakan orang perempuan tak tahu atau mungkin beranggapan bahawa orang lelaki tak mengambil serius tentang hal cinta. Sebenarnya, kanak-kanak lelaki yang dikatakan tak tahu apa-apa itu dah mula memikirkan tentang perasaan “suka-suki” ini apabila dia mula tertarik pada seseorang perempuan (dalam hal ini, kanak-kanak perempuan). Cumanya, kami yang lelaki ini tak tahu (keliru barangkali) bahawa perasaan “suka-suki” tersebut sebenarnya boleh jadi cinta pertama, kedua dan seterusnya.

Aku berpendapat bahawa Little Manhattan ini memaparkan dengan baik apa yang aku sendiri dan lelaki lain pernah merasainya (pengalaman) di zaman kanak-kanak dulu cuma bezanya aku tak pernah ada kawan perempuan yang rapat seperti paparan filem tersebut. Plot ceritanya mudah: seorang kanak-kanak lelaki menyukai (menyintai pun boleh) seorang kanak-kanak perempuan dan menyebabkan terjadinya dilema. Dilema tersebut menyebabkan hidupnya tak keruan setiap kali memikirkan perihal perempuan tersebut.

Dilemanya mudah saja jika difikirkan tapi apabila yang mengalaminya itu adalah kanak-kanak maka ia akan menjadi kelakar. Manakan tak, Gabe (Josh Hutcherson) mula menggelabah dan mempersoalkan apa yang sedang terjadi pada dirinya setiap kali bertemu dengan Rosemary Telesco (Charlie Ray). Apa yang pasti, Gabe amat gembira setiap kali mereka keluar bersama-sama dan lama-kelamaan dia seperti memahami bahawa perasaan tersebut adalah cinta.

Seperti yang dikatakan Gabe di awal cerita (bertindak sebagai narrator), “Jika kamu mahu mendengar sebuah kisah cinta hebat New York, teruskan mencari. Tapi jika kamu mahu mendengar sebuah kisah cinta sebenar, aku akan menceritakan tentangnya.” Jadi, ini adalah kisah cinta Gabe yang dipenuhi dengan gelagat-gelagat dan dialog-dialog kelakar melalui monolog dalamannya. Cara dia memuji Rosemary dan dirinya sendiri (biasalah orang dilamun cinta memang macam itu) membuatkan aku tergelak kerana dialognya saja dah memang gampang kelakar.

Biasalah apabila kamu menyukai seseorang itu, maka kamu akan melakukan sesuatu yang menarik hatinya. Setelah itu, kamu akan mempersoalkan sama ada dia juga menyukai kamu atau tak. Untuk itu, setelah mendengar kata-kata bapanya, Gabe mengambil keputusan meluahkan perasaannya kepada Rosemary dan keputusannya bolehlah korang dapati sekiranya korang menontonnya (saja suruh tengok sendiri sebab aku percaya ramai tak sukakan spoiler).

Kesimpulannya, filem ini sungguh menghiburkan, kelakar dan berjaya mengimbau kenangan lama aku walaupun taklah 100% sama dengannya. Apa yang pasti, satu perkara yang Gabe sebagai kanak-kanak mampu melakukannya ialah meluahkan isi hatinya kepada perempuan yang disukainya. Dan itu sebenarnya memerlukan keberanian dan sedikit kematangan di mana ia telah menjadikan kisah cinta Gabe sesuatu yang menarik untuk dikenang.

SEKIAN
1:39 AM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

Ehh..dak laki tu mcm yg blakon dlm Zathura je..
*wiki*
Oh betullah, dia. *suka*

cerita ni nmpak cam cute n menarik. hoho~

5/22/2009 4:19 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

iya, beliau lah itu.

5/23/2009 12:17 AM

 

Blogger squesha berpendapat bahawa:

cerita yang simple tapi cute.sy suka part kt restoran tu.hehe =)

btw,nice blog!

5/24/2009 2:20 PM

 

Anonymous Mitsuo berpendapat bahawa:

terima kasih syahidah kerana singgah.
btw, part dalam restoran? ahaks, gentlemen si Gabe tu kan..

5/24/2009 7:51 PM

 

Blogger squesha berpendapat bahawa:

sama-sama.iya2.sungguh gentlemen & romantik di usia semuda dia.haha.

5/24/2009 11:25 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

kalaulah saya begitu dulu. haha!

5/25/2009 5:30 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik