<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, April 1, 2009

Strawberry On The Shortcake

Katalah kamu membeli sepotong shortcake di sebuah kedai kek, dan ianya merupakan pula strawberry shortcake. Apa yang kamu terfikirkan selepas itu? Aku tahu, memang tiada yang lain melainkan memakannya (kecuali kamu memberinya kepada orang lain).

Jadi, soalan aku pula begini: pada waktu bilakah kamu akan memakan strawberi tersebut? Maksud aku, awal-awal lagi sudah memakannya dulu atau “membahamnya” setelah habis semua kek tersebut dimakan. Kalau macam itu, yang mana lebih nikmat dan menyeronokkan?

Kalau kamu tak tahu, sebenarnya perkara ini pun ada falsafah atau prinsipnya yang tersendiri. Orang yang cenderung untuk memakan strawberi itu terlebih dulu atau akhir sekali sebenarnya boleh menunjukkan tentang keperibadiannya cuma aku tak akan menyatakannya di sini sebab tak cukup kajian. Tapi, ia memang menyeronokkan untuk dilihat.

Adalah dalam satu cerita, seorang gadis ini akan sentiasa memakan strawberi itu terlebih dulu sebelum beralih kepada keknya. Alasannya mudah dan kelakar iaitu tak mahu strawberi itu dimakan oleh orang lain (atau binatang) atau terjatuh. Begitupun, agak susah sebenarnya nak mengagak yang mana satu kepuasan sebenarnya (orang Ekonomi memanggilnya utiliti) sama ada kek itu atau strawberi tersebut.

Bagi aku pula, ada masanya aku akan memakan dulu strawberinya dan sebaliknya. Maknanya di sini, aku tak kisah pun yang mana satu menjadi keutamaan untuk dimakan terlebih dulu. Oh, kalau begitu, kamu pula bagaimana?

SEKIAN
2:00 AM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Anonymous lttlgjh berpendapat bahawa:

ngap je sekaligus. haha :p

ske mkn yg sedap tu kemuadian. in this case strawbery tu kemudian lah. tp depends jugak. titiba kalau kek nmpak lebih sedap, might as well makan strawberi dulu.

4/02/2009 4:54 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ya, kebanyakan orang memang akan cenderung tinggalkan yang paling sedap untuk dimakan kemudiannya. hehe

4/02/2009 11:18 PM

 

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

dorama S.O.S best. hohoh~
sy makan strawberi last skali sbb sy tak suka strawberi. hahahah XD

tp in general..sy akan makan yg paling sedap (kononnya) di tgh2 proses memakan. oh, ade tak dinyatakan keperibadian ini bagaimana?? 8DDDD

P/S: Mai sgt berminat dgn psikologi. wheeee

4/03/2009 12:35 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ho Mai, kisah ini memang saya ambil daripada drama SOS tu. tapi, macam saya cakap, tak de penerangan tentang psikologi tu sebab saya tak cukup kajian. hehe

4/03/2009 9:15 AM

 

Anonymous Chempaka berpendapat bahawa:

Salam singgah...

Kalau xmakan langsung strawberry tu mcm mana plak... Huhuhu... Ish xsuka strawberry.... Tp slalunya benda yg sedap tu mkn last skali... Sbb ms tu dah xlapar sgt n leh nikmati sikit makanan... Kalau mkn awal2 atau ms tgh lapar xdpt rasa nikmat mkanan tu.

4/04/2009 7:11 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

[ Chempaka ]
actually, strawberi tu cuma satu perumpamaan atau objek untuk menggambarkan makanan yang mungkin paling diminati.

4/05/2009 8:31 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik