Akhirnya, album terbaru gadis nakal British kesukaan aku iaitu Lily Allen telah released pada bulan Februari yang lepas. Ini merupakan album studio keduanya setelah album pertamanya yang terdahulu berjaya mencapai banyak kejayaan. Walaupun aku belum berkesempatan membeli CDnya yang original, tetapi secara keseluruhannya (setelah berjaya memuat turun album tersebut) Cik Allen telah berjaya membuatkan aku sungguh terhibur dengan lagu-lagunya yang seperti biasa berbisa dari segi liriknya (juga suaranya yang sungguh mempesonakan). Maafkan aku, personal favourite aku ternyata sekali lagu yang bertajuk Fuck You. Lagu ini pula telah aku jadikan ringtone buat sementara waktu dan jika ada orang yang memerhatikan aku dengan muka yang pelik nanti, barulah aku akan menukarkannya kepada ringtone lain.
Rating: 4/5 |
3/10/2009 8:13 AM