Agaknya, ini mungkin tutorial pertama dan barangkali juga yang terakhir mengenai blog yang aku nak berkongsi. Habis itu, asyik Marzuki dengan JRY saja yang rajin membuat tutorial lalu ini turut membuatkan aku juga teringin membuat satu posting berkenaannya sempena ulang tahun kedua blog ini didaftarkan (walaupun ada sesetengah posting telah ditulis lebih awal daripada tarikh pendaftaran blog). Lebih tepat lagi, tutorial ini adalah khusus buat Blogger gaya classic template yang aku percaya sangat kurang digunakan memandangkan gaya baru lebih menarik dengan penambahan pelbagai bentuk widget. Apa-apa pun, perlu diketahui bahawa tutorial ini taklah begitu sempurna. Namun begitu, aku percaya ramai blogger “lama” di luar sana yang mungkin jealous dengan widget “Followers” tetapi dalam masa yang sama tak mahu menukar ke gaya baru. Oleh itu, ini adalah tutorial mudah yang sesuai untuk korang yang mahu memiliki widget tersebut, di mana ia secara praktikalnya tak akan menjadi betul-betul seperti di dalam gambar di atas melainkan menyerupai apa yang terdapat di dalam blog aku (gambar yang terletak di bahagian kanan dan paling bawah). Tanpa perlu menyediakan pen dan kertas, korang cuma perlu copy, paste serta edit sedikit di bahagian tertentu dengan mouse korang yang cantik itu. Jadi, di bawah ini aku akan menunjukkan kod bagi widget “Followers” secara berperingkat-peringkat. Diharapkan, korang boleh faham dengan tutorial ini. - Copy kod ini dan letakkan ID blog sendiri seperti yang ditunjukkan di bawah. Ini akan menjadikan "Mari Ikut Aku" sebagai satu link seperti "Follow This Blog" di dalam gambar di atas.
<a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=GANTIKAN DENGAN ID BLOG SENDIRI">Mari Ikut Aku</a> - Jika korang mahu menjadikan gambar atau banner sebagai link supaya orang lain boleh add (menambah) blog korang seperti yang aku buat, maka copy saja kod di bawah dan tukarkan segala yang bertulisan merah macam biasa.
<a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=GANTIKAN DENGAN ID BLOG SENDIRI"> <img src="GANTIKAN DENGAN URL GAMBAR SENDIRI"></a> - Untuk kod "View All" atau "Lihat Semua" (seperti yang aku buat), copy pula kod di bawah ini dan gantikan juga segala yang bertulisan merah.
<a href="http://www.blogger.com/followers.g?blogID=GANTIKAN DENGAN ID BLOG SENDIRI">Lihat Semua</a> - ID sendiri ini pula korang boleh copy terus daripada alamat URL sewaktu korang nak pos entry baru seperti gambar INI.
- Setelah kod tersebut siap dimasukkan, hasilnya akan menjadi seperti gambar di bawah ini apabila seseorang mahu follow blog korang.
|
2/17/2009 4:52 AM