Kalau monyet pun pandai bercinta, apa lagi manusia. Jadi, tanpa segan silu, aku beranggapan bahawa mungkin dari sini datangnya istilah “cinta monyet” ni. Apa-apa pun, aku masih tak paham macam mana la orang-orang dulu boleh terpikir nak letak istilah yang pelik-pelik macam istilah ni. Jadi, kisah aku pulak kalau nak diceritakan tentang cinta monyet ni mungkin berlaku waktu aku darjah 2 dulu. Aku tak tau dah berapa ramai gadis yang aku suka, tapi aku boleh sahihkan bahawa waktu darjah 2 dulu tu la aku mula-mula ada perasaan pelik. Perasaan pelik yang aku maksudkan ni ialah perasaan suka kat perempuan atau bahasa lainnya cinta. Aku admit la, waktu muda-muda dulu (sampai sekarang pun) aku memang comot, tak kacak, tak cool, dan lain-lain perkataan yang tak sedap didengar. Jadi, aku tak hairan la kalau sampai sekarang, baru seorang je gadis yang pernah couple ngan aku (itu pun dah meninggal dunia). Kes lain pulak, kebanyakan gadis yang aku minat mesti selalunya dah berpunya. Huh, what the hell? Bukan ke perempuan lebih ramai daripada lelaki sekarang? Bila terpikir, baru teringat bahawa mungkin jugak ada lelaki yang “pasang” lebih ni (celaka, tinggalkan la aku seorang). Berbalik kepada perihal tadi, perempuan pertama yang aku suka bernama A (apa kejadahnya nak bagi tau korang nama dia) yang duduk di sebelah kiri guru kelas aku tu (iyalah, takkan sebelah kanan pulak). Dia ni pulak hanya berpindah ke kelas aku semasa darjah 2, dan kitorang cuma sempat “bersama” selama dua tahun saja. Lepas tu, masing-masing berpindah sekolah memandangkan sekolah baru kat tempat tinggal aku dan jugak dia baru saja siap akhir tahun 1994. Dulu, aku masih sempat lagi memakai seluar pendek ke sekolah sebelum kerajaan mewajibkan semua budak-budak sekolah rendah memakai seluar panjang. Dan apa yang aku ingat, aku jugak masih sempat bersekolah pada hari Ahad yang mana waktu tu Jumaat merupakan hari cuti. Sungguhpun waktu tu zaman Ultraman dan barangan mainan seperti Tora serta Ding Dang sedang bermaharaja lela, namun cinta monyet ni telah membuatkan aku sentiasa teringatkan si dia. Kesannya, aku akan jadi smart ngan rambut yang berjambul setiap kali pergi ke sekolah. Aku rasa, tu sajalah yang membuatkan aku bersemangat nak ke sekolah walaupun aku tak pernah sesekali bercakap ngan dia (dapat tengok muka pun dah okay). Walaupun tu cuma cinta monyet, tapi ia adalah antara kenangan dan saat-saat menarik yang pernah terjadi kat dalam hidup aku. Iyalah, waktu main ceper (penutup botol berkaca) kat belakang kelas pun mesti sempat jeling dia. Itu belum kira lagi ngan “jelingan-jelingan manja” lain yang sempat aku buat waktu kelas pendidikan jasmani, sesi menjawab soalan matematik (cikgu tanya, pelajar jawab), dan even semasa aku kena denda berdiri atas kerusi akibat tak siap homework. Ini macam, Shah Rukh Khan pun boleh kalah ngan aku. Apa yang boleh aku kata, cinta monyet ni memang meninggalkan kesan yang mendalam, sekurang-kurangnya kat diri aku. Kalau tak, manalah mungkin aku nak post pasal benda ni. Dan dia yang telah menyebabkan aku terjebak ke kancah percintaan, agak-agaknya kalau kamu tiba-tiba muncul di depan aku sekarang, boleh ke aku kata begini: “Boleh saya couple dengan awak?” |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.