Kenapa mengapa? Dan mengapa bukan kenapa? Apa? Korang tak faham? Tidak, jangan tanya aku kerana aku bukan pakar bahasa. Ini adalah antara perkara yang aku sukar fahami. Kamus Dewan mendefinisikan “kenapa” sebagai: kena apa; sebab apa; atau mengapa. Perkataan “mengapa” pula didefinisikan sebagai: sebab apa; atau apa pasal. Jika dilihat semula, “mengapa” tidak pula didefinisikan sebagai “kenapa”. Dan soalan aku adalah kenapa dan mengapa begitu? Oh, persoalan ini hanya ditimbulkan disebabkan aku kurang faham tentangnya. Kenapa? Tidak bolehkah aku utarakan persoalan ini? Kalau begitu, mengapa tidak korang yang mahir tentang bahasa menjelaskannya pada aku yang tidak mengerti ini? |
11/26/2008 12:39 AM