Aku selalu berjalan-jalan melintasi ruangan kata-kata daripada pelbagai penulis atau blogger. Cukup kagum aku membaca coretan mereka yang kadangkala lucu, sedih, mengharukan dan terdapat juga yang berunsurkan kemarahan serta kritikan. Tetapi penulisan mereka ini secara kasarnya lahir dari pengalaman dan pemikiran mereka sendiri. Aku pula bukanlah seorang penulis atau blogger yang bagus yang mampu mengharukan atau memukau sang pembacanya. Malah aku hanyalah seorang yang baru. Cuma aku terasa ingin meluahkan apa yang terpendam di hati dan apa yang terfikir di minda. Mungkin juga coretanku agak memualkan, tetapi itulah apa yang sebenar-benarnya yang mahu aku katakan dengan sejujur yang aku mampu. Ya! Pendapat manusia itu berbeza-beza, tetapi ini bukanlah satu sebab untuk manusia sentiasa bertelingkah. Allah sendiri menjadikan manusia dengan pelbagai bangsa yang berbeza-beza sama ada fizikalnya atau pemikirannya untuk saling kenal-mengenali dan bantu-membantu, bukanlah untuk saling benci-membenci dan hina-menghina. ____________________
Pos asal: 21 Februari 2006, www.myspace.com/luriahk
|
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.