<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, March 9, 2012

Bunohan

Pertama sekali, tahniah aku ucapkan kepada produksi filem Bunohan. Anda telah berjaya membuat satu filem yang tinggi nilai artistiknya. Bukan itu saja, falsafah yang cuba disampaikan juga sangat jelas dan berkesan.

Sebelumnya, aku nak buat review tentang filem Songlap, satu lagi filem Melayu berkualiti tinggi. Tetapi, kekangan masa membuatkan aku tak dapat menulis. Maka, pada kesempatan ini, aku nak buat review tentang filem Bunohan yang aku tonton waktu tayangan pertamanya tengah hari semalam.

Komen pertama aku, filem ini termasuk dalam kategori seni atau drama. Maksudnya, filem ini bergerak dengan perlahan dalam menceritakan kisahnya satu per satu. Kata Diloz (yang mana aku setuju), filem ini bukan untuk orang yang 'tak cerdik'.

Maksud aku lagi, kalau korang jenis yang hanya suka tengok filem seram bodoh macam Hantu Dalam Botol Kicap, Hantu Bonceng, Keramat dan lain-lain, atau filem-filem komedi tipikal seperti Bujang Telajak (nama saja profesor madya, eja 'terlajak' pun salah), maka Bunohan bukan untuk korang. Filem ini sarat dengan aspek falsafah, metafora, penceritaan tentang kekeluargaan dan budaya masyarakat setempat (seperti muay Thai, wayang kulit dan mitos buaya putih). Apa yang menambahkan serinya adalah sinematografinya yang tak serupa dalam mana-mana filem Melayu sebelum ini (kecuali filem Songlap yang juga bagus sinematografinya).

Penggunaan budaya Kelantan dalam filem ini sangat menarik. Di samping kita boleh mempelajari loghatnya, kita turut didedahkan dengan suasana masyarakat tempatan di sana khususnya, Bunohan. Tetapi aku paling kagum dengan pemilihan tempatnya yang benar-benar cantik, seperti ianya di Thailand.

Filem ini memerlukan kita untuk berfikir. Sometimes, aku menjadi keliru lebih-lebih lagi dengan kewujudan budak kecil dalam filem ini walaupun akhirnya faham juga aku siapa gerangannya. Pemilihan pelakon pula sangat sesuai dan hebat, di mana Faizal Hussein kembali menunjukkan kekuatan lakonannya setelah kurang menonjolkan diri kebelakangan ini.

Zahiril Adzim juga turut menunjukkan mutu lakonan yang bagus, selain daripada barisan pelakon lain yang sangat berkesan membawakan watak masing-masing, seperti Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi. Apa yang boleh aku simpulkan, ini adalah filem yang wajib korang tonton kalau korang mengaku bahawa korang pencinta filem tegar. Sekali lagi aku nak tekankan, kalau diri itu dirasakan 'kurang cerdik' bak kata Diloz, maka toksih (tak payah) la mu dok bazir pitih (duit/wang).

Aku yakin, bagi orang yang jenis berfikir pun malas (bukan bermaksud aku pandai, cuma janganlah asyik tengok filem ringan saja), maka filem ini akan buat korang tak terlayan atau korang mungkin anggap bosan. Memanglah, dah nama pun filem seni yang berat dan sarat dengan falsafah, jadi mana boleh nak samakan dengan Hantu Bonceng, atau yang ada nilai komersial seperti KL Gangster atau Adnan Sempit. Akhir kata, aku berharap akan banyak lagi filem-filem sebegini dikeluarkan dan kepada Ahmad Idham, Syamsul Yusof, Razak Mohaideen dan yang sewaktu dengannya, tolonglah ubah konsep korang buat filem, serta tingkatkan mutunya lagi kalau tidak cerita pun, mutu sinematografinya kerana kita wahai saudara-saudara sekalian sudah hidup dalam abad ke-21 (bebudak sekolah menengah buat short filem pun lagi cantik kualiti gambarnya daripada korang buat, apa celop brader?).

____________________


Secara ringkasnya, Bunohan berkisarkan tentang pergolakan keluarga di antara tiga orang adik-beradik iaitu Adil (Zahiril Adzim), Ilham (Faizal Hussein) dan Bakar (Pekin Ibrahim). Kekalahan Adil dalam pertarungan tomoi di Siam menyebabkannya melarikan diri lalu dijejaki oleh abang tirinya yang merupakan pembunuh upahan, Ilham hingga ke Bunohan (tempat asal kedua-dua adik-beradik tersebut). Di situ, segala-galanya dirungkai tentang kenapa Adil dan Ilham melarikan diri ketika remaja, dan kenapa Bakar tiba-tiba pulang semula ke kampung halaman. Kisah ini juga turut menarik penonton tentang persoalan siapakah gerangan ibu kepada Adil dan Ilham ini, serta apa motif Bakar pulang ke kampung halaman kerana alasan menjaga ayah adalah diragui.

Persoalan-persoalan tersebut dirungkai satu per satu dan disatukan melalui tomoi yang menjadi sukan budaya di Bunohan. Apakah Ilham berjaya membunuh Adil, apakah niat sebenar Bakar, dan siapakah gerangan ibu kepada Adil dan Ilham? Ini adalah persoalan utama yang harus anda ketahui dengan menontonnya sendiri di pawagam.


Gugusan Bintang

SEKIAN
2:50 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik