<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, January 1, 2012

Selamat Jalan 2011

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang gemar nak sambut tahun baru apa kejadah semua itu. Jadi, aku lebih senang duduk di rumah atau melepak di kedai-kedai mamak. Itu lebih best, tak payah penat-penat nak bersesak-sesak semata-mata nak tengok bunga api.

Disebabkan perempuan comel bernama Syamira Ismail ini nak tahu apa perkembangan aku sepanjang tahun 2011, maka di sini aku ceritalah sedikit mengenainya. Apa yang aku boleh beritahu adalah tahun 2011 ini memang tahun yang banyak buat aku berfikir. Maka, ada baiknya aku tulis mengikut apa yang Syamira itu tag.


3 Pencapaian Pada 2011

Aku rasalah, tak ada apa sangat yang aku capai dalam tahun 2011 lalu. Tetapi, kalau nak juga dikira pencapaian, mungkin adalah beberapa perkara. Jadi, apa yang aku ingat, ini antaranya:

  1. Tidak boros. Biasanya, aku memang boros berbelanja tahun-tahun sebelumnya. Tetapi, aku rasa tahun lalu, aku tak banyak berbelanja melainkan buku-buku saja.
  2. Keberanian aku mencuba perkara baru. Ini memang betul, contohnya macam mengambil kursus-kursus berkaitan sastera yang lari jauh dari bidang ekonomi yang aku ambil. Selain itu, aku banyak berkenalan dengan ramai orang.
  3. Aku lebih aktif. Tahun lepas, aku banyak berjalan. Ini termasuk gigs, festival seni dan yang paling jauh adalah ke Kelantan, sebagai anggota rombongan mengiringi kawan aku yang berkahwin di sana.

3 Perkara Menggembirakan Pada 2011

Bab gembira ini banyak sebenarnya. Aku pun tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Tetapi, aku boleh ingat yang awal tahun, tengah tahun dan akhir tahun 2011 ini seperti berikut:

  1. Tentu sekali aku dapat banyak berjalan. Dalam pada itu, aku dapat belajar ilmu fotografi dengan lebih mendalam. Ini semua berkat kamera yang diberikan oleh adik aku.
  2. Aku dapat berkenalan dengan beberapa orang kawan yang berlainan fakulti. Ini semua terjadi disebabkan aku mula rajin bermain badminton di universiti. Tetapi, sayangnya cuma satu semester itu saja aku dapat aktif kerana yang lain semua dah habis belajar kecuali aku.
  3. Dapat berkenalan dengan beberapa orang makwe dalam semester baru ini. Secara jujurnya, adalah yang buat aku tertarik. Cuma seperti biasa, semuanya kepunyaan orang.


3 Perkara Menyedihkan Pada 2011

Tiada. Kalau ada pun, aku tak nak cerita. Jadi, anggap sajalah tiada.


5 Angan-angan 2012

Banyak sebenarnya. Sebenarnya, yang lepas punya pun belum habis dapat lagi. Tetapi, apa salahnya kalau aku masukkan ke tahun 2012.

  1. Mencari Hawa.
  2. Habiskan study aku.
  3. Cari kerja yang bagus ganjarannya.
  4. Melancong atau pergi ke Mekah.
  5. Berehat, kerana aku dah penat ‘berlari’.

Jadi, itu saja yang aku boleh cerita kali ini. Lepas ini, aku rasa macam nak menjadikan blog ini sebagai medium karya kreatif seperti cerpen atau puisi. Serius, lepas aku banyak belajar, aku dah mula jatuh cinta terhadap sastera.

SEKIAN
5:56 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

:) Thnkyou awk! All the best for 2012. may all your wish come true!

syg Orang Sebelah!!

1/01/2012 1:20 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: selamat tahun baru!

1/01/2012 4:25 PM

 

Blogger Raz berpendapat bahawa:

Semoga azam anda tercapai Orang Sebelah! :)

1/01/2012 5:01 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@RazFiRa: terima kasih sebab rajin singgah blog picisan saya. :)

1/01/2012 7:07 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik