<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, November 30, 2011

Apa & Kenapa #3


Blue Moon

Aku kalau dah suka sesebuah lagu, memang aku akan ulang banyak kali. Aku rasa laptop aku dah tak ditutup selama tiga hari mungkin. Dalam masa yang sama, tiga buah lagu asyik terpasang berulang-ulang kali iaitu Blue Moon ini, In Spite of All the Danger dan Hello Little Girl. Kadang-kadang kalau bising waktu tidur, aku mute saja volume pada Windows Media Player itu. Lama-kelamaan, aku hampir hafal lirik ketiga-tiga buah lagu tersebut yang mana biasanya aku tak suka hafal.


Sesi Tayangan Filem

Dari gaya tajuk, macam event besar tetapi sebenarnya bukan pun. Tadi waktu kelas Bentuk-bentuk Penulisan, pensyarah aku membuat satu sesi tayangan filem Thai yang bertajuk Hom Rong atau dalam bahasa Inggeris, The Overture. Ini filem berat atau bertemakan drama yang mengisahkan perjuangan Sorn mempertahankan seni muzik tradisional Thai dari zaman dia kecil sampailah ke akhir hayatnya ketika zaman pemerintahan tentera (akibat Perang Dunia Kedua). Aku pada mulanya tak pasti kenapa pensyarah aku menayangkan filem ini (aku masuk lewat 15 minit). Tetapi pada akhirnya, tahulah aku bahawa tayangan ini sebagai bahan untuk dijadikan kuiz setelah ia tamat (nasib baik aku tak keluar awal).


The Beatles

Kelmarin (atau empat hari lepas?) aku pergi ke South City Plaza dengan harapan nak membeli buku memoir bergambar John Lennon. Tetapi, malangnya dah habis atau apa yang Amer Munshi beli itu mungkin stok terakhir. Namun begitu, nasib aku baik kerana di Pusanika, UKM ada membuka satu jualan penghabisan stok buku-buku import, di samping jualan buku-buku lain, aksesori komputer, kamera dan sebagainya. Apabila ternampak saja buku memoir bergambar The Beatles, aku terus cari ATM dan membelinya. Apa yang menariknya, buku ini bukan saja mengandungi gambar-gambar The Beatles, malah turut disertai dengan sedikit cerita di sebaliknya dan poster yang besar.


Puisi

Aku baru saja berjinak-jinak dengan dunia puisi. Selama ini, aku banyak membaca dan memerhatikan saja kawan-kawan aku menulis puisi. Tetapi semenjak aku menghadiri kelas Penulisan Kreatif semester ini, minat aku mula bertambah. Bagi orang macam aku yang bidangnya adalah ekonomi, ini adalah satu cabaran. Kalaulah waktu sekolah dulu cara pengajaran sastera bahasa Melayu seperti di universiti, aku rasa aku boleh skor.


Wanita

Di UKM ini, aku perhatikan ramai saja gadis-gadis yang cantik, sopan, ayu, manis dan sebagainya. Tetapi masalahnya, macam mana nak tegur dan pikat. Dalam hidup, aku percaya ini adalah antara perkara yang paling sukar dan runsing bagi lelaki. Melainkan bagi anak-anak orang kaya yang aku rasa tukar girlfriend macam tukar spender, itu lain cerita. Satu masalah lagi, bila dah dapat kenal, confirm dah berpunya (oh dunia, ini tidak adil!).

SEKIAN
6:18 PM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

haha. entah kenapa. tpi tergelak saya baca entri awk ni. LOL

11/30/2011 10:30 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: part mana? ahaha

11/30/2011 11:29 PM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

menarik pada awalnya, comel lalu tergelak untuk kesudahannya. Haha. Jebat pasti jumpa kelak!

12/01/2011 12:40 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: kena buat audition la macam ni. haha

12/01/2011 12:42 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

oh ya, pasti best kan The Beatles awk tu..

12/01/2011 1:00 AM

 

Blogger Khairul berpendapat bahawa:

@Syamira Ismail: priceless. :)

12/01/2011 10:10 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik