Gambar di atas inspirasinya datang daripada brader Rames yang sangatlah power ilmu grafiknya. Aku suka tengok hasil kerjanya yang sangat kemas dan teliti lebih-lebih lagi vector art kereta serta superheroesnya. Oleh itu, aku yang tengah bosan pagi tadi pun buatlah vector art Batman, cuma part mulut dan hidung tersebut aku ubahnya dengan mengambil kepunyaan Irshadim (asalnya nak buat komik pasal dia). Dah nama pun lelaki, jadi sejak kecil memang superheroes adalah kegemaran aku sampai sekarang. Oleh itu, pantang ada filem live-action mana-mana superheroes saja, mesti aku nak tengok. Tetapi, dari dulu hingga sekarang, yang aku paling suka adalah Superman, Batman, Spiderman dan Flash. Waktu kecil dulu pun, aku selalu meniru karakter-karakter tersebut dengan mengikat tuala dekat leher dan main dengan adik-adik aku. Ada sekali itu, aku paksa arwah ayah aku belikan kostum Batman atau Superman disebabkan dah terlalu taksub. Namun bila difikirkan balik, susah rasanya nak cari kostum superhero dekat Malaysia ini. Jika korang naklah juga, nampaknya kenalah buat sendiri kostum superhero. Kalaulah ada dijual kostum-kostum superhero ini, aku memang nak beli. Satu lagi, daripada dulu aku teringin nak mempunyai kostum superhero Jepun iaitu Ultraman. Tetapi sekarang kan, cosplay dah banyak dianjurkan di Malaysia. Cuma kebanyakan kostum adalah berorientasikan komik-komik Jepun. Contoh yang paling banyak dilihat dan aku suka adalah Naruto dan Bleach. Bagi aku, kostum Ichigo Kurosaki (dalam mode bankai) itu sangat smart dan cool. Lepas itu, kalau girlfriend kau pakai pula kostum Rukia Kuchiki, lagilah sweet. Dengan itu, bolehlah buat photo shoot bertemakan kostum yang kemudiannya boleh dijadikan gambar untuk album kahwin (peh tak sangka tinggi betul aspirasi aku). Apa sekali pun, superheroes sebenar aku tentulah arwah ayah aku dan arwah datuk aku. Mereka sentiasa menjadi figura yang aku mahu contohi disebabkan kualiti yang ada pada mereka. Aku harap, suatu hari nanti, aku pula yang akan menjadi superhero kepada bakal anak-anak aku, bukannya Naruto, Son Goku, Batman dan lain-lain lagi. |
8/13/2011 10:36 AM