<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, November 13, 2010

Scott Pilgrim Vs. The World

Sejak aku habis download filem Scott Pilgrim Vs. The World dua hari lepas (lama sangat nak masuk pawagam Malaysia), aku ingat adalah dalam lima atau enam kali aku ulang tonton. Kalau nak dikira kualiti, ini bukanlah tergolong dalam filem terhebat sepanjang zaman. Namun bagi aku, filem ini boleh dikira antara filem paling menghiburkan sepanjang zaman (bagi akulah).

Faktor utama aku menonton filem ini adalah semata-mata kerana Mary Elizabeth Winstead pada mulanya. Ini kerana aku ‘jatuh cinta’ dengan dia semenjak aku menonton filem-filemnya yang lalu seperti Final Destination 3 dan Make It Happen. Aku suka melihat wajahnya yang menawan, terutamanya mata dan bibirnya yang cantik itu (oh hell no, aku bukan pervert okay!).

Kemudian, setelah aku melihat poster filem ini, aku terus excited untuk menontonnya. Walaupun ianya simple, tetapi rekaannya sangat menarik hati. Oleh kerana itulah poster sebenarnya sangat penting untuk memberi audiens first impression yang boleh menarik mereka untuk menontonnya, bukan seperti poster filem-filem Melayu terutamanya buah tangan Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan ‘sewaktu’ dengannya yang, you know, teruk serta hodoh.

Michael Cera? Ya, dialah budak Juno (maksud aku wataknya dalam filem Juno) yang wajahnya kadang-kadang aku tengok macam Arsene Wenger, dan adakalanya macam Mr. Bean pun ada. Nampaknya, watak Scott Pilgrim ini memang sangat perfect untuk Michael Cera kerana dia tersangatlah sesuai memegang watak nerd, geek atau yang sebegitu rupa tetapi happy-go-lucky.

Bagi yang lain, aku suka tengok watak roommate Scott Pilgrim yang gay, si Wallace Wells (lakonan Kieran Culkin, adik kepada Macaulay Culkin). Jika diperhatikan, muka dia itu ada sedikit persamaan dengan Mesut Özil (pemain bola sepak Real Madrid dan Jerman), dan dalam masa yang sama wataknya dalam filem ini adalah paling cool rasanya. Harap-harap selepas ini dia boleh memegang watak utama dalam filem-filem terbaru kerana aku percaya ramai (seperti aku) yang ‘tak perasan’ kewujudan dia dalam filem-filem box-office.

Satu lagi yang aku suka ialah watak Envy lakonan Brie Larson iaitu bekas girlfriend Scott Pilgrim. Walaupun dia hanyalah watak sokongan, tetapi performance dia sewaktu atas stage menyanyikan sendiri lagu band Metric bertajuk Black Sheep sangatlah seksi. Setelah aku melihat profilnya di Wikipedia, barulah aku mengetahui bahawa Brie Larson juga adalah seorang penyanyi, so no wonderlah suara dia sedap dan yeah, seksi!

Untuk part jalan cerita, bagi korang yang belum menonton lagi, jangan mengharapkan ia seperti filem Inception yang memerlukan kita berfikir. Filem ini memang diangkat dari novel grafik untuk dijadikan filem yang ringan dan menghiburkan. Oleh itu, temanya adalah cinta yang simple, iaitu Scott Pilgrim yang cuba untuk memenangi hati Ramona Flowers dengan perlu menghadapi banyak cabaran.

Efek dalam filem ini sangat mengujakan aku. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan efek yang sengaja dibuat dengan mengambil scene serta skor muzik berdasarkan games lama seperti The Legend of Zelda, Street Fighter, Mario Bros. dan lain-lain. Ini boleh membuatkan audiens tersenyum mengenangkan games lama yang pernah dimainkan menggunakan platform seperti Nintendo suatu ketika dulu sebelum kewujudan PlayStation 3, Xbox 360, Wiii dan lain-lain pada zaman kini.

Jadi secara keseluruhannya, aku sangat terhibur sewaktu menonton filem ini. Jika tak, manalah mungkin untuk aku menontonnya berulang-ulang kali. Dan barangkali juga sebab utama aku menontonnya berulang-ulang kali adalah semata-mata untuk melihat Ramona Flowers atau lebih tepat lagi, Mary Elizabeth Winstead.

SEKIAN
3:44 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik