Cerita ini sebenarnya dah lama disiarkan di media massa mahupun internet suatu masa dahulu. Aku percaya bahawa korang juga pernah mendengar tentangnya. Kini, aku mahu membawa kembali ingatan kalian terhadap cerita menarik ini yang telah ‘diungkitkan’ semula oleh Blog Serius. Bagi penggemar fotografi, nama Jamie Livingston semestinya perlu korang ketahui kerana kisah beliau sangat menarik dan sadis. Dengan menggunakan polaroid, beliau mengambil gambir hampir setiap hari bermula dari tahun 1979 sehinggalah kematiannya akibat leukemia pada tahun 1997. Daripada koleksi gambar-gambarnya, dapat dilihat bahawa setiap darinya menggambarkan sesuatu yang menarik dan bernilai, serta tidak kurang sentimentalnya. Sebenarnya, ini adalah antara perkara yang aku juga mahu lakukan tetapi masih belum berkesempatan melaksanakannya lagi. Oleh kerana aku agak ‘pasif’ dan tidak ‘banyak mulut’ maka aku merasakan bahawa gambar-gambar sebegini boleh dijadikan medium untuk aku bercerita. Sesetengahnya mungkinlah tersirat dan sukar difahami tetapi selebihnya mudah sahaja untuk sesiapa yang melihatnya mengerti. ____________________
"Life is still beautiful."
|
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.