<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, June 15, 2010

This Must Be Love

Suatu hari ketika iPhone belum wujud, Facebook pun belum dicipta untuk orang mengeluh pada ruangan status, dan semasa anak Will Smith masih tidak mengerti apakah perasaan mencium Mei Ying dalam filem Karate Kid, aku telah mengenali seorang gadis di tempat menunggu bas. Ketika itu, sesetengah bas masih menggunakan konduktor. Tetapi harap maaf, bukan itu yang mahu aku ceritakan.

Waktu itu, aku hairan kerana tidak kedengaran sebarang bunyi latar seperti dalam filem-filem Hindustan apabila hero bertemu heroin. Saat itu barulah aku tersedar bahawa aku dah kena temberang. Namun begitu, gadis yang sedang duduk menunggu bas tersebut tersenyum padaku apabila aku memandangnya.

Kacak juga aku rupanya. Kalau tidak, mana mungkin gadis itu tersenyum padaku. Tidak sia-sia aku menepek minyak rambut Tancho yang Tomok sendiri pun tidak pernah pakai.

“Tumpang tanya, sekarang ini dah pukul berapa?” tanyaku memandangkan aku tidak memakai jam tangan waktu itu.

“2.30 petang,” jawabnya ringkas tetapi padat dan tidak lebih daripada dua patah perkataan.

“Saya rasa ada signifikannya waktu ini seperti teori graviti oleh Isaac Newton,” kataku memulakan bicara seterusnya.

“Kenapa pula?” tanyanya ingin tahu dengan mimik wajah yang comel.

“Kalau buah epal jatuh ke tanah disebabkan tarikan graviti, maka pesona awak membuatkan saya tertarik kepada awak, lebih tepatnya lagi pada pukul 2.30 petang tadi,” jawabku bangga kerana dapat memikirkan ayat yang A. Samad Said sendiri tidak pernah fikirkan.

Gadis itu tersenyum indah apabila mendengar jawapan balasku tadi. Waktu itu aku dah berkira-kira untuk membuat temu janji dengannya di Chicken Delight. Selepas habis makan, bolehlah bermain ‘baling-baling’ bola di situ nanti.

Setelah agak lama berkenalan, aku dan gadis itu akhirnya menjadi sepasang kekasih jua. Siapa kata senang, agak leceh juga berhubungan melalui surat pada masa telefon bimbit belum menjadi barang keperluan. Akhirnya bak kata orang Putih, ‘the rest is history’.

____________________


* Ah kejadah, mana mungkin cerita senang macam ini. Kalau senang, dah lama aku ada makwe.

SEKIAN
12:15 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

haha.ayt tue agk sweet tp sgt sengal.hahaha

6/16/2010 10:59 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

hehe memang sengal. :P

6/20/2010 3:23 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik