Prolog
Aku bukan lelaki seperti Arjuna, selalu berani kerana cintanya. Tersanjung hingga kini oleh pujangga. Biarlah satu dunia tahu betapa bodohnya diriku melepaskanmu. Biarlah sampai ditertawakan sekiranya rayuanku nanti dipersendakan. Biarlah aku dijadikan teladan untuk semua lelaki yang bercinta.
Bab 1
Hani gadis dunia metropolitan. Tahu serba-serbi falsafah dan seni, juga menyanyi. Pandai ikut rentak, tetapi sayang oh sayang, dia tak pandai memasak. Oh goreng lempeng, lempengnya hangus. Oh namun begitu, dia tetap ratuku.
Bab 2
Tolonglah angin, bawa kapal terbang kertasku kepadanya supaya ternyata jelas isi hatiku yang sebenar-benar ikhlas. Gara cintamu dewi, pinggang dah molek diramping. Tambah hari tambah gering. Pusat pun beranting-anting.
Bab 3
Waktu kita mula berpandangan, kau alihkan lembut cinta di perasaan. Terpegun aku dan terpesona dengan senyuman dan lirikanmu, membuat aku telah jatuh cinta. Bukan aku nak memuji-muji dirimu, tetapi itulah yang dibisikkan hatiku. Andainya dirimu sudi menerimaku, akan aku mahkotakanmu ratu di hatiku.
Bab 4
Aku tahu cintamu pernah dipersiakan oleh kekasihmu yang dulu yang kau percaya. Hidup ini sungguh membosankan jika kita tak pernah bersungguh mencari kemajuan, mencari peluang. Jangan gentar, jangan gentar jika terang mimpimu.
Epilog
Tega aku berdiri sepanjang malam. Mengintai dada langit yang tersergam, dengan menitip doa dan impian. Aku dambakan kita hidup bersama, sepasang kekasih teman yang setia. Asalkan kau sudi, aku akan bahagia.
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.