<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, March 8, 2010

Lelaki Ini

Tersebutlah kisah, dalam sebuah negeri yang aman damai diterangi cahaya matahari pada waktu siangnya dan cahaya bulan pada waktu malamnya, terdapat seorang lelaki yang gagah orangnya. Dahlah kacak dan bergaya, malah kaya pula. OK chop, yang ini semua saya tipu saja (ini bukan kisah biasa dalam buku cerita kanak-kanak).

Berbalik kepada lelaki tadi yang taklah gagah sangat orangnya, tak kacak tapi ‘bolehlah’, sedikit bergaya dan suka makan roti berintikan kaya, dia sebenarnya adalah waris kepada keturunan raja terdahulu. Cumanya, moyangnya yang entah ke berapa telah keluar daripada kehidupan istana untuk hidup seperti orang kebanyakan. Maka dengan itu, dia sekarang ini hanyalah orang biasa saja.

Kini, dia tidak mempunyai apa-apa sangat namun masih gembira dengan apa yang dia ada. Dia boleh mendengar, melihat, menyentuh, merasa, bersukan, bergelak ketawa, berfikir dengan baik dan lain-lain lagi walaupun tak berapa pandai berenang. Pendek kata, dia tetap bersyukur kerana nasibnya lebih baik daripada orang lain yang serba kekurangan, di mana masyarakat dunia menggelarkan mereka sebagai OKU (orang kurang upaya).

Walaupun Aiman selalu dengan ‘tak kisah’nya, dia ini pula kisah dengan satu perkara iaitu ai. Lupa pula saya bahawa ini adalah cerita dalam bahasa Melayu, lalu apabila diterjemahkan dari segi bahasa, ai bermakna cinta. Dari segi istilah atau syarak, tak pula saya tahu kerana ini bukan bidang saya.

Oleh kerana saya suka dengan perempuan yang bernama Sarah, maka itulah nama watak heroinnya di sini. Sarah ini cantik orangnya, mempunyai senyuman yang menawan, ramah, baik hati, merdu suaranya, dan yang paling penting tak gedik orangnya. Itu yang menyebabkan lelaki ini sangat tertarik dan jatuh hati kepadanya.

Mereka ini dah lama berkenalan walaupun taklah sejak dari kecil. Jika mereka berdua berjalan ke mana-mana, pasti akan ada lelaki lain yang menjeling. Lelaki ini pasti bahawa di dalam hati setiap lelaki yang menjeling mereka, akan ada monolog atau dialog seperti: “Kacak lagi aku, macam mana lelaki ini boleh dapat perempuan itu?”

Sungguhpun begitu, lelaki-lelaki yang menjeling tadi itu sebenarnya bukannya kacak mana pun. Mereka ini memang suka perasan bagus, walhal di sebelah masing-masing, awek iaitu apa yang dipanggil orang moden kini dah menarik muka masam melihatkan gelagat jantung hati mereka itu tadi sedikit ‘curang’. Itu cerita lain.

Seperti kisah-kisah cinta yang biasa kamu dengar atau baca dalam novel, lelaki ini mempunyai masalah cinta yang bagaikan bertepuk tangan tapi tak berbunyi (macam mana itu?). Sarah sedang bercinta dengan lelaki lain yang lebih hebat darinya, yang saya namakan sebagai Abu (biarkan nama dia agak kekampungan sedikit). Jika kamu mahu tahu, Abu ini adalah seperti apa yang saya ceritakan pada perenggan pertama tadi.

Masalahnya di sini, Sarah tak mengetahui dan menyedari bahawa Abu hanyalah seorang keparat atau kasanova tahap satu. Kalau dalam filem dulu-dulu, Abu ini boleh digelarkan sebagai Sarip Dol. Sarah pernah berkata kepada lelaki ini bahawa Abu seorang yang baik hati tapi sebenarnya itu adalah ciri-ciri biasa bagi si buaya air, darat mahupun udara.

Pernah sekali itu, lelaki ini cuba memberitahu Sarah perkara sebenar tentang Abu. Sebaliknya seperti kebiasaan perempuan-perempuan yang dah terlalu ‘menyayangi’ kekasihnya itu, kata-kata lelaki ini tak diendahkannya. Lebih teruk lagi, dia dimarahi pula kerana dikatakan cemburu dan cuba memburuk-burukkan Abu.

Kalau mengikut ilmu mantik, dah semestinya lelaki ini cemburu. Tapi sebagai lelaki budiman, dia mendiamkan diri saja dan mula menjauhkan dirinya dari Sarah. Baginya, dia dah agak penat menunggu bunga yang tak gugur-gugur bak kata bahasa sastera.

Bukannya lelaki ini tak pernah mencuba, malah dia pernah meluahkan perasaannya kepada Sarah cuma bukanlah secara lisan. Mungkin Sarah menyedarinya, cuma beranggapan bahawa ianya satu kebetulan. Itulah, barangkali Sarah ini terlalu banyak membaca novel dan menonton filem, lantas fikirannya begitu.

Dari satu segi, memang lelaki ini melakukan kesilapan tapi dari segi lain juga, Sarah pun turut melakukan kesilapan. Barangkali, kedua-dua mereka ini harus diberikan kursus menonton filem-filem cinta Jepun, atau filem bergenre seperti One Week. Mungkinkah setelah itu, ceritanya berlainan?

SEKIAN
2:25 PM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger Taufik Jusoh berpendapat bahawa:

sarah adalah milik saya. dan saya bukan abu. saya ali dalam cerita kami tu.

3/08/2010 4:30 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

pergh, ko rupanya dlm cerita ini? ahaha!

3/08/2010 5:32 PM

 

Blogger Matahari berpendapat bahawa:

peh..boleh dijadikan cerita novel ni...sob3...

3/09/2010 2:37 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ahaha, cerpen boleh la..

3/09/2010 2:41 PM

 

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ya sarah. hehe

3/23/2010 6:12 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik