<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, February 25, 2010

Antara Glamour & Low Profile

Aku percaya ramai di antara korang yang suka dengan dunia glamour. Iyalah, dapat perhatian lebih sedikit daripada orang sekeliling. Secara jujurnya, aku lebih suka dan selesa dengan keadaan low profile walaupun dalam hati ada sedikit perasaan mahu glamour (tapi seriously, aku lebih selesa low profile).

Aku sebenarnya lebih suka menjadi ‘watak pembantu’ berbanding ‘watak utama’. Contohnya dalam filem The Lord of the Rings (ketepikan sebentar soal Illuminati dan Freemason), aku lebih berminat menjadi seperti Samwise Gamgee. Walaupun dia tak sehebat Aragorn, Legolas, Frodo mahupun Gandalf, tapi dia adalah orang penting di sebalik kejayaan Frodo.

Tak rasa rimaskah menjadi glamour? Sekali korang buat benda-benda tak elok, pasti orang akan ingat sampai bila-bila. Biasalah, benda-benda tak elok ini orang lebih suka ungkit-mengungkit untuk dijadikan ‘point’ serang balas.

Dalam banyak-banyak kesilapan yang pernah aku buat, satunya yang aku agak menyesal adalah memilih untuk kekal dalam aliran sains tulen sewaktu SPM dulu. Bila difikirkan kembali, bukannya aku berminat pun dengan subjek kimia dan biologi (kecuali fizik yang mana aku suka). Atas dasar glamourlah maka aku memilih untuk kekal dan the rest is history yang mana aku malas nak cerita.

Bagaimanapun, aku percaya bahawa tak semua orang yang glamour mahukannya begitu. Ada yang menjadi begitu disebabkan pencapaian akademiknya, dan ada juga melalui pencapaian sukannya (dan juga lain-lain). Cuma aku cukup meluat dengan orang yang tergedik-gedik mahu menjadi glamour (what a dickhead!).

Pendek kata, adalah terpulang kepada diri sendiri tentang bagaimana kau mahu menjadi. Aku percaya bahawa setiap perkara yang dilakukan pasti ada alasan atau tujuan di sebaliknya. Cuma nasihat aku, jangan membuat orang lain menyampah dan naik meluat sudahlah.

SEKIAN
6:35 AM
5 KATA HATI
[ 5 ] PENDAPAT

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

To tell the turth, I don't even like Frodo. I like Sam, flabby but cute man. Haha :D

"Dalam banyak-banyak kesilapan yang pernah aku buat, satunya yang aku agak menyesal adalah memilih untuk kekal dalam aliran sains tulen sewaktu SPM dulu"

Wow, tak sangka seh! Samalah! Tapi I kekal dalam aliran sains bukan sebab glamour tp sebab cikgu, kawan-kawan semua pujuk ><" Fizik sungguh tak menarik okey? Haha! Kimia please :P

Glamour tak dibawa ke mane pun. Org yg glamour tak glamour, mati nanti kena kapan kain putih jugak en? ;)

2/25/2010 11:48 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

yup, kalau bukan kerana Sam, tak hapus cincin tu.

I suka menjadi org di sebalik tabir kejayaan org lain. kepuasan dia lain sket..

2/25/2010 4:17 PM

 

Blogger Syaz Swift berpendapat bahawa:

saya minat berglamor wpon dlm bidang yg glamor :)

3/06/2010 2:28 AM

 

Blogger Syaz Swift berpendapat bahawa:

pembetulan: x minat.

3/06/2010 2:28 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

don't worry, statement ni adalah bias kpd situasi di mana orang yg glamour sungguh perasan dirinya bagus. pulak tu, dia suka bully org lain (mentang2 dia glamour). actually, kes yg banyak terdapat di barat.

3/06/2010 2:32 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik