<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, August 12, 2009

Ninkyo Helper

Antara lima orang anggota boy band SMAP, aku sangat menggemari dua figura yang sangat cemerlang dalam dunia lakonan (lebih tepat industri drama). Mereka adalah hero Levi’s kegemaran gadis-gadis Jepun iaitu Kimura Takuya (Kimutaku) dan juga Kusanagi Tsuyoshi yang merupakan anggota SMAP yang agak low-profile. Jujurnya, aku tak berapa menyukai aktiviti nyanyian mereka kerana bagi aku suara mereka taklah sesedap mana melainkan aktiviti lakonan yang rasanya lebih baik.

Plot drama ini secara ringkasnya amat mudah. Dengan mengambil tema yakuza, plot ceritanya lebih bergerak dalam nada yang agak serius. Berbanding dengan drama My Boss, My Hero yang digemari oleh kebanyakan lelaki Malaysia yang jarang menonton drama Jepun (rasanya, drama ini saja yang diorang selalu sebut), elemen-elemen komedi jarang sekali dipertontonkan.

Sebaliknya, ia banyak berkisar kepada mood melodrama di mana watak-watak utamanya lebih menonjolkan emosi dengan baik mengikut perjalanan cerita. Cuba korang bayangkan bagaimana yakuza harus menawarkan perkhidmatan untuk bekerja sementara sebagai pembantu di rumah orang-orang tua? Sebenarnya, ini adalah sebahagian daripada latihan yang perlu dilalui oleh bos kecil yakuza sebelum salah seorang dipilih sebagai bos besar yakuza (dalam drama ini saja praktikalnya, kalau realiti mana ada macam ini).

Aku paling tertarik untuk menonton lakonan Kusanagi kerana bagi aku, dia adalah nadi utama dalam drama ini. Lakonan dia kali ini benar-benar berlainan dengan apa yang pernah dipertontonkan dalam drama-drama sebelumnya. Permainan emosinya bagaikan keadaan yang sebenar (atau orang Putih panggil sebagai real) yang tak kelihatan seperti sedang berlakon walaupun dia pada dasarnya memang berlakon.

Plot cerita ini sebenarnya agak sentimental bagi aku. Ini kerana ia melibatkan orang-orang tua sebagai tunjang penceritaannya. Jika korang melihat ragam orang-orang tua dalam drama ini, mungkin korang akan tergelak tapi ianya agak menyentuh hati aku.

Barangkali, ini sebenarnya disebabkan oleh pengalaman aku menjaga nenek aku yang berpenyakit Alzheimer. Walaupun sekejap saja menjaganya berseorangan, tapi sebenarnya agak payah dan penat untuk melayan kerenah orang yang berpenyakit Alzheimer. Jadi, menonton drama tersebut membuatkan hati aku agak sebak dan sedih mengenangkan nasib orang-orang seperti ini.

Pendek kata, sebenarnya lagi, moral daripada drama tersebut lebih kepada untuk “mengajar” masyarakat Jepun yang kini semakin gemar menghantar orang tua ke rumah orang tua. Ini juga kelihatannya bagaikan menjadi trend di Malaysia sendiri seperti yang dipaparkan di kebanyakan akhbar sejak akhir-akhir ini. Betullah kata emak aku, ibu bapa boleh menjaga 10 orang anak, tapi dalam 10 orang tersebut mungkin tiada seorang pun yang mampu menjaga ibu bapa.

SEKIAN
8:09 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger nuralisya berpendapat bahawa:

ninkyo helper memang tema yg cukup bagus.
gue sendiri jaga atuk atuk dan nenek nenek dr masa tak sakit sampai sakit sampai ke ujung napas akhir.
memang tak senang jaga orang tua. balik ke zaman baby semula. cuma tinggi dan berat je bertambah.
cuma ramai yg tengok drama ni sbb banyak cute boys + girls.. tp harapnya derang hayati dan insaf la ekk.

silap. semua anggota smap yg lima-lima ni memang hebat lakonannya. serius cakap. tak tipu. cuma orang je yg tak brape tau.

cuma sayang, kimura sejak LongVac banyak dpt glossy, goody-goody roles. gue suka dia time LoveGene + HERO.. sebab drama tu tak pakai skrip sangat.. dia dan matsu dan JOSAI team berlakon secara santai, spontan ikut sukati derang. gue suka dia jugak dlm drama Karei dan filem Bushi no Ichibun. juga satu episod yonimo kimyona monogatari tentang papparazzi. drama yg lain.. emm, biasa bagi gue.

tsuyoshi.. memang tak pernah kecewa kalu tengok dia. walau lakonan cameo pun dia akan buat sungguh-sungguh. i keep crying watching his cameo in Kai ni Naritai movie. since u talk about mother and son.. i will suggest you Kaikyou wo Wataru Violin special drama.

nakai.. dia cukup sibuk orangnya. kerja sbg entertainer tak cukup tangan nak buat dlm 24 jam 7 hari. sebab tu dia tak banyak drama/filem.. tapi bila dia berlakon.. drama/filem dia hit rating [kecuali konkatsu]. dan dia dpt best actor award beberapa kali.. pd satu tahap dia lebih bagus dr smua anggota smap yg lain. MUST WATCH nakai masahiro in: Watashi wa Kai ni Naritai movie, Mouhohan movie, Suna no Utsuwa drama. thanks to his 1001 faces, 120% confirm satisfaction-watching.

goro.. mungkin nampak biasa.. tapi dia hebat sebenarnya. goro dan tsuyoshi hebat di gelanggang persembahan teater. di atas pentas secara langsung di hadapan penonton. for drama and movie i'll suggest: Triangle drama, M no Higeki drama, Saimin movie, Warai no Dagaiku movie.

shingo.. cukup popular dengan karekter manga dan anime. stail hero kanak-kanak yang lucu dan gila-gila. tapi tak ramai yg tau shingo memang jauuuuuuh hebat dr itu... sejak muda remaja, dia lebih awal dapat banyak watak-watak berat dan mencabar berbanding anggota smap yg lain. you should watch shingo in Shinsengumi drama. best actor. KochiKame drama yg tengah tayang sekarang ni pun nampak mcm menarik...

8/21/2009 4:06 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

wow, thanks untuk info tersebut. sangat berguna sebab ada juga beberapa drama/filem yg saya perlukan pandanga kerana teragak2 untuk menontonnya.

8/28/2009 12:09 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik