<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, July 31, 2009

The Beatles Dalam Beberapa Andaian

Bagaimana agaknya kalau The Beatles tak pernah berpecah? Andaian pertama, John Lennon mungkin masih hidup sampai sekarang. Andaian kedua, The Beatles mungkin masih menghiburkan peminat-peminatnya sehingga kini.

Tapi, ini juga bergantung kepada faktor-faktor lain. Contohnya, apakah yang akan berlaku jika John Lennon tak ditakdirkan berkenalan dengan Yoko Ono? Saja aku berikan contoh tersebut sebab terdapat sekelompok peminat The Beatles yang secara taksubnya menyalahkan Yoko Ono di sebalik kejatuhan band ini (bagi diorang, jika John Lennon tak bertemu Yoko Ono barangkali The Beatles masih “hidup” sampai sekarang).

The Beatles ini pada mulanya bolehlah dikatakan sebagai band kepunyaan John Lennon kerana dialah yang telah menubuhkannya (yang pada masa itu bukan dikenali sebagai The Beatles). Tapi, setelah kemasukan Stuart Sutcliffe (yang dikatakan sebagai anggota Beatle kelima), dia telah meyakinkan John Lennon bahawa band ini adalah kepunyaan bersama Paul McCartney. Ini kerana Stuart Sutcliffe sangat meyakini bakat yang ada pada Paul McCartney sehingga mampu mengimbangi kehebatan John Lennon sendiri.

Andaian ketiga pula, jika Stuart Sutcliffe tak menarik diri daripada The Beatles, kemungkinannya band ini akan lebih meriah dengan anggota sebanyak lima orang (termasuk George Harrison dan Ringo Starr). Tapi, Stuart Sutcliffe perlulah mengimbangi kekuatan anggota The Beatles yang lain kerana permainan bassnya terlalulah average. Kesannya nanti, The Beatles tak mungkin akan merajai dunia muzik sebagaimana yang telah tercatat dalam sejarah.

Bagi aku, adalah amat menyedihkan apabila The Beatles berpecah pada awal tahun 1970-an. Walaupun aku tak lahir pada waktu itu, tapi mendengar muzik The Beatles saja (nasib baik juga ada YouTube) aku dah boleh memahami kenapa orang-orang dulu amat menggilai band ini. Jika ditanya siapa yang lebih hebat di antara John Lennon dan Paul McCartney, aku tak dapat memberikan jawapannya kerana bagi aku kedua-duanya sama hebat sama ada dari segi vokal mahupun kreativiti (penghasilan mahakarya).

Dalam sesetengah lagu, suara John Lennon lebih aku gemari seperti lagu Baby It’s You, Ask Me Why, Revolution dan lain-lain yang mempunyai tona suara lebih rock. Paul McCartney walaupun dalam kebanyakan lagu tona suaranya agak soft (kadangkala tona suaranya juga rock) berbanding John Lennon, tapi ini amat bersesuaian untuk beberapa lagu yang memerlukan tona suara sebegitu seperti Hey Jude, And I Love Her, All My Loving dan lain-lain lagi. Uniknya, apabila mereka berdua bergabung menyanyi bersama dalam sesetengah lagu, keharmonian antara kedua-duanya sangat jelas kelihatan dan ini menjadikan lagu-lagu tersebut lebih sedap didengar.

Tapi akhirnya seperti yang telah menjadi sejarah, hakikatnya, The Beatles berpecah dan John Lennon mati pada usia yang muda. Bagaimanapun, karya-karya The Beatles bagi aku adalah antara yang terbaik di dunia. Lagu-lagunya (juga yang The Beatles cover dalam versi tersendiri) banyak yang mempengaruhi hidup aku dalam beberapa keadaan dan tak hairanlah kenapa The Beatles merupakan band kegemaran utama aku.

SEKIAN
10:26 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Ty berpendapat bahawa:

yea 60's are not dead.
sy suka initial musical ny: rock & roll and skiffle. sometimes, they do psychedelic rock, which is kool ness. I always luv their single "I wanna hold your hand".

yeah. the fab four always rocking.

8/07/2009 1:44 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

yeah they rock!

8/08/2009 12:39 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik