Di kala kebosanan, aku selalu “meninjau-ninjau” siaran yang ada di Astro (katanya macam-macam ada). Sekejap-sekejap melekat di saluran hiburan (muzik dan filem), kadang-kadang di saluran sukan dan kalau tak ada yang menarik singgah pula di saluran-saluran lain. Tapi ada satu rancangan yang aku tak suka dan akan sedia menukar ke saluran lain. Rancangan yang dimaksudkan tersebut kononnya berorientasikan realiti. Ini sepertilah Parental Control di Channel [V], Run’s House dan Kimora: Life in the Fab Lane di MTV, dan lain-lain lagi. Realitinya, semuanya adalah mengarut dan menjengkelkan. Kata orang, kalau tak berminat jadi janganlah menontonnya. Memang betul, tapi, itu saluran muzik jadi sepatutnya rancangan berbentuk “realiti kehidupan” lebih-lebih lagi menampilkan selebriti tak perlu disiarkan. Sungguh, gelagat-gelagat mereka amat menjengkelkan dan aku terasa seperti nak membaling televisyen dari tingkat atas bangunan ke kepala mereka. Aku tak tahulah siapa punya idea yang mereka konsep realiti sebegitu. Apa yang realitinya kalau semua gelagat yang dipaparkan seperti lakonan semata-mata? Lebih bagus kalau mereka berlakon drama yang jalan ceritanya barangkali menarik, tak begitu? Apa-apa sajalah kerana itu duit mereka dan aku sebagai penonton ada hak untuk tak menontonnya. Agaknyalah, kru-kru yang turut sama dalam produksi tersebut mesti bosan saat-saat menjayakannya. Dan akhirnya, menonton saluran pengetahuan seperti Discovery Channel atau History lebih menyeronokkan lagi (betul, aku tak tipu!). |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.