<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, June 25, 2009

Etnosentrisme

Kata orang, kata-kata adalah lebih tajam daripada mata pedang. Kalau setiap kata-kata diputar belit atau dimanupulasi, sesiapa saja boleh terpengaruh untuk melakukan apa saja yang baik atau buruk. Apabila dicampurkan pula dengan emosi, manusia yang sepatutnya waras boleh bertukar seperti beruk-beruk yang berkelahi (bodoh bukan?).

Mengikut apa yang aku belajar, etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya serta etnisiti mereka adalah jauh lebih baik atau hebat daripada kelompok lain. Kalau melihat kepada keadaan sekarang, aku pasti depan mata sendiri korang boleh menilainya. Aku teringat satu kata-kata pensyarah aku yang menyebut bahawa apabila ada pihak-pihak cuba menjadi hero dengan apa yang kononnya kepentingan kelompok tertentu maka jadilah tuduh-menuduh, caci-mencaci atau umpat-mengumpat di antara kaum sendiri atau kaum berlainan (sekali lagi, bodoh bukan?).

Sebenarnya inilah situasi yang agak membimbangkan aku sebagai generasi muda. Masa depan seperti kabur saja rasanya apabila keadaan yang tak menyenangkan ini sedang berlaku. Lebih teruk lagi apabila ia membabitkan masyarakat antara dua buah negara (di sini contohnya Malaysia dan Indonesia) yang saling caci-mencaci.

Apabila kedua-dua belah pihak cuba nak menjadi hero, maknanya sampai bila pun tak akan ada kesudahan. Aku rasa kalau korang nak sangat berlawan atau bergaduh, pergi tukar warganegara dan jadilah rakyat Palestin. Lebih baik rasanya kalau korang membantu mereka melawan tentera Zionis, tak begitu?

Satu perkara yang paling aku benci adalah adanya pihak-pihak batu api (dalam kes ini aku lihat, media massa Indonesia). Diorang ini lebih suka mengapi-apikan masyarakat tentang sesuatu perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik melalui akal fikiran yang matang dan bijak. Tapi, apa yang korang boleh lihat adalah sebaliknya yang tak ubah seperti manusia tak berakal atau dengan perkataan buruknya: bagaikan binatang.

Aku sendiri tak ada masalah pun dengan orang-orang Indonesia di sini. Malah kitorang selalu bermain bola sepak bersama-sama di waktu petang dan kadangkala melepak di kedai mamak berborak-borak sambil menonton siaran langsung bola sepak. Pendek kata, bahasa lebih kurang sama dan agama pula kebanyakannya sama jadi bagaikan orang bodoh saja kalau masing-masing nak berkelahi.

Kesimpulannya, aku sendiri malas nak turut serta dalam adegan caci-mencaci ini. Apa yang aku harapkan, diorang yang sentiasa caci-mencaci ini segeralah berfikir semula seperti manusia yang matang (juga waras) dan bukan menjadi seperti binatang. Zaman semakin maju, jadi maju-majukanlah fikiran itu juga kalau korang masih merasakan bahawa korang adalah manusia dan bukannya binatang.


* Segala komen-komen bodoh, ofensif atau provokasi, aku akan delete.

SEKIAN
6:22 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger adibahrisha berpendapat bahawa:

eyh u blaja subjek hubungan etnik yah??? hahaha waktu i sem satu setahun lepas i blaja etnosentrism ni...lol...kita hrusla menjauhi segala sikap2 yang tidak sepatutnya yang boleh mengeruhkan hubungan kepelbagaian etnik. tak kire la dimana je kita berada. lebih2 kat kolej i 80% is chinese so... kne la kami menjaga hati masing2 klo tak...mau nye di serang i ..mampuih

6/25/2009 10:08 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

iya, subjek wajib universiti. rasanya kebanyakan ipt ada subjek hubungan etnik ni.

6/25/2009 10:11 AM

 

Anonymous Mai berpendapat bahawa:

ethnocentricism..jumpe pkataan ni mase blaja management kat u huhu~

saye pun bersedih jugaklaa bile ade jumpe grup2 kat facebook yg byk ke arah membenci malaysia. sedih gile. like a big joke but not funny at all.

6/26/2009 8:09 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

tak apa, biarkan saja diorang memekak. tak ada faedah pun melayan beruk-beruk berkelahi.

6/26/2009 10:38 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik