<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d5444838698943675460', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, April 22, 2009

Tuhan Manusia

Sejak akhir-akhir ini, banyak isu yang diketengahkan di media kelihatan agak kontroversi lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama. Ini termasuklah isu penggunaan nama Allah yang mahu digunakan oleh gereja Katolik di Malaysia. Melalui pengamatan aku, sesetengah orang Muslim sendiri berfikiran terlalu terbuka mengenainya (mungkin mereka ini liberal), terdapat pula yang terlalu ekstrem dan ada juga yang tidak mahu mengambil tahu langsung berkenaannya.

Secara jujurnya, walaupun aku agak sederhana tetapi isu nama Allah ini bagi aku ada pro dan kontranya. Sebagaimana para ulama dan Muslim lain yang gembira jika Allah itu dipercayai sebagai Tuhan sekalian manusia oleh semua orang (tidak mengira bangsa dan agama), aku juga begitu. Namun demikian, penggunaan nama Allah perlulah disesuaikan dengan maksud dan konsep asasnya yang utama.

Secara jujurnya lagi, aku agak bersetuju jika nama Allah ini tidak digalakkan untuk digunakan dalam agama lain seperti yang gereja Katolik mahukan (aku sedikit defensif dalam hal ini). Walaupun pada dasarnya Allah itu secara ringkasnya bermakna Tuhan, namun seperti yang aku jelaskan sebelumnya, konsep dari segi maknanya adalah jelas bertentangan di antara kepercayaan Islam dan Kristian. Tidakkah kamu berasa pelik jika agama-agama lain di dunia seperti Buddha turut mahu menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan bagi dewa-dewi yang dipercayainya (sila betulkan jika pemahaman aku mungkin salah).

Daripada apa yang pernah aku terbaca, terdapat satu hujah ulama yang berpendapat bahawa adalah tidak sesuai jika nama Allah ini mahu digunakan oleh gereja Katolik untuk dipraktikkan dalam buku Bible. Beliau ini berkata bahawa memang tidak dinafikan bahawa terdapatnya Kristian (atau mungkin Nasrani) di Timur Tengah seperti Lubnan yang turut menggunakan nama Allah sebagai Tuhan yang diakuinya. Tetapi, menurut beliau lagi, kepercayaan mereka ini adalah berdasarkan kepada konsep Tuhan yang satu (Tuhan yang Esa) yang mempunyai sedikit persamaan dengan kepercayaan Islam lalu ianya tidak menjadi masalah di kalangan masyarakat Muslim dan Kristian di sana.

Dengan yang demikian, ulama ini berpendapat bahawa Kristian Katolik yang berfahaman Triniti (the Trinity concept of God) secara terang-terangannya telah menyalahi konsep keesaan Allah. Justeru itu, maka beliau berhujah bahawa konsep tiga Tuhan (seperti Nabi Isa anak Allah) adalah tidak masuk akal dengan konsep Allah yang tidak mempunyai anak seperti terbukti dalam surah Maryam, ayat 88-90. Bagi menjelaskan lagi perihal ini, aku tertarik dengan satu komen daripada pos yang diutarakan dalam blog Trankuiliti Tronoh yang aku rasakan bernas untuk ditampilkan di bawah ini (yang katanya adalah petikan daripada kajian Faisal Tehrani).

* * * * * * * * * *

Adakah Allah dalam Bible?

Jawapannya tiada. TIADA.


Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli? Dalam Matthew 27: "From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, 'Eloi, Eloi, lama sabachthani?'"

‘Eli, Eli, lama sabachthani?’ dalam Bible King James bermaksud "My God, my God, why have you forsaken me?" (Matthew 27:45-46, NIV). Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa Aramaic.

Dalam Old Testament, ‘Eli, Eli lama sabachthani’ dicatit sebagai: "My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" (Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai ‘Bapa’: "And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]." (Matthew 26:39)

"For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." (2 Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit: "And when Jesus had cried out with a loud voice, He said, 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai: "Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."

Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka. Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas).

Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis, saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan: “Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah. Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut fahaman semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan’ kemanusiaan.”

Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab Syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan. Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam. Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.

Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.

Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James O. Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah: “to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.”

Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas? Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.

Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan Wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca Yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat. Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi. Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.

Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran: “Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.” (Ibrahim 14:4)

'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun. Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.

Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entry terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi: Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al-Masih). Naud'zubillah.

Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."

Pada ayat lain Allah berfirman lagi: “Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan." Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90. Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.

SEKIAN
8:26 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik