<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, April 12, 2009

Homeroom On The Beachside

Okaylah, secara jujurnya aku baru saja menghabiskan dua buah drama Jepun berturut-turut dimulai dengan Homeroom on the Beachside atau dalam bahasa Jepunnya, Taiyo to Umi no Kyoshitsu (walaupun agak tertangguh menontonnya sebelum ini, namun dapat juga dihabiskan). Tujuan asal aku menonton drama ini adalah disebabkan oleh seorang aktres yang bernama Kitagawa Keiko akibat daripada pengaruh drama Mop Girl. Drama berikutnya yang bertajuk Love Shuffle akan aku berikan reviewnya pada pos akan datang kerana ada sedikit persamaan antara kedua-duanya yang menarik minat aku untuk menontonnya secara berturutan.

Pada mulanya, aku menjangkakan bahawa drama yang bertemakan persekolahan ini sama saja dengan drama-drama persekolahan lain seperti Great Teacher Onizuka (GTO), Dragon Zakura, ataupun Gokusen. Kalau diamati, ketiga-tiga drama ini agak sama dari segi penceritaannya yang mempunyai watak-watak pelajar nakal yang membenci orang dewasa atau tak mahu memikirkan tentang pelajaran. Tetapi, drama ini pula berlainan dari segi ini kerana watak-watak seperti itu bukannya tiada langsung, cuma ianya tak terlalu ditekankan, atau dalam kata lainnya, hanya sebagai peranan yang amat kecil.

Dari segi watak cikgunya pula, protagonis drama ini bukanlah bekas ahli kongsi gelap, seorang yang serius, miang, atau waris kepada keluarga yakuza (samseng) seperti tiga buah drama yang disebutkan tadi. Oda Yuji hanya melakonkan watak seorang cikgu yang mungkin kamu pernah lihat di sekolah kamu sendiri iaitu berbudi bahasa, bersopan santun, tegas, menyayangi dan mengambil berat tentang pelajarnya serta bijak dalam mendidik. Sebenarnya, melalui wataknya yang sebegitu maka drama ini sudah cukup memberikan suatu inspirasi kepada para penonton (seperti aku) kerana cara dia mendidik pelajarnya agak unik dan memang masuk akal.

Dari segi jalan ceritanya pula, drama ini boleh aku simpulkan sebagai sesuatu yang cukup pengisiannya bagi sebuah drama bertemakan persekolahan. Ditolak dengan para pelakonnya yang cantik (seperti Kitano Kii dan Yoshitaka Yuriko yang aku gilai) dan kacak itu, drama ini bermain dengan persoalan cinta, pelajaran, masa depan, persahabatan dan lain-lain lagi. Satu persoalan yang menarik adalah berkenaan dengan dilema yang dihadapi oleh remaja-remaja yang aku sendiri atau kamu pernah alami suatu ketika dulu tentang perkara-perkara tersebut, seperti: untuk apa atau apa kegunaan persamaan algebra jika pada masa akan datang ianya tak digunakan langsung dalam kehidupan?

Secara kesimpulannya, untuk kamu yang mahukan sedikit kelainan dari segi jalan cerita (yang tidak kebudak-budakan atau diadaptasi daripada komik), aku sarankan kamu menontonnya kerana ianya tidak berat dan tidak juga terlalu ringan. Ini kerana di dalam drama ini terselit beberapa falsafah hidup yang sememangnya agak mengetuk pintu hati aku untuk memikirkannya. Dan lagi, ia mungkin menyentuh hati kamu dengan beberapa elemen emosi yang disuntik dengan baik sekali seperti babak sedih dalam episod 9 (diperkuatkan dengan lagu latar yang menyentuh hati yang aku tercari-cari penyanyi dan tajuk lagunya).


Rating: 4/5

SEKIAN
11:18 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

AAAAAA TAIYOU TO UMI NO KYOUSHITSU!!!!
Sangat suke citer ni kyaaaa~
btollah. citer die nice giler...
HACHIIII T__T~~~

akan menonton Love Shuffle jugak ~ lepas final exam XDDD

4/15/2009 3:28 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

sila2kan menonton!
btw, Love Shuffle saye bleh bagi rating sebanyak 4/5!

4/19/2009 4:03 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik