Aku sebenarnya tak suka nak berdebat tentang apa-apa perkara yang tak mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Lagipun, ada kata-kata yang menyebut bahawa berdebat itu hanya mendatangkan lebih banyak musuh jika tidak ditangani dengan betul. Ini kerana mulut manusia suka menjaja cerita yang bukan-bukan (memfitnah) dan terus menilai seseorang itu dengan sikap yang prejudis. “Kegeraman” hati aku kali ini disebabkan oleh satu topik yang dibuka oleh seorang blogger yang aku kagumi. Lebih tepat lagi, perbincangan tersebut lebih banyak mendatangkan prasangka yang bukan-bukan daripada pendapat yang ingin dikumpul. Dalam hal ini, blogger tersebut tak bersalah cuma pemberi komennya yang kadang-kadang agak beremosi dan sering menyalah tafsir tentang apa yang telah aku tulis. Itu adalah disebabkan kesilapan aku juga. Aku sendiri tak menjelaskan dengan terperinci tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan menyebabkan tanggapan yang bukan-bukan dilemparkan ke atas aku. Tambahan pula, aku beranggapan bahawa mereka akan faham dengan komen ringkas yang aku buat tetapi ternyata ianya tak seperti itu. Terdapat seorang blogger yang menuduh aku sebagai “lelaki Melayu tipikal”? Dalam sesetengah perkara, jawapannya adalah benar. Tapi, perlukah pula aku mencontohi beliau (dan menjadi seperti beliau) untuk memuaskan hati sesetengah pihak? Jikalau A tak suka bermain bola sepak, perlukah kita memaksa dia bermain bola sepak? Tentu sekali tidak. Jadi, jawapan aku di atas adalah sama saja seperti situasi ini yang mana aku lebih selesa menjadi diri sendiri (tapi untuk sesetengah perkara, aku memang harus berubah).
* Judgelah aku macam mana sekalipun, aku akan judge kamu sebegitu rupa juga (ini aku bergurau saja). |
sori ar mitsuo.
wlaupown bkn aku yg kater ko lelaki melayu tipikal tuh.
tp aku tau ko sure ader ta pwas ati ngn aku kn.
sbb aku komen blk ko punye komen.
relax ok.
aku minta maaf klu menyinggung perasaan ko.
no gado2 ok!
kiter kn org islam!
salam....
=P
2/17/2009 9:34 PM