Pertama sekali, aku tak tahu sama ada filem di atas ini ada ditayangkan di Malaysia atau tidak. Jikalau ada pun, aku memang sungguh menyesal kerana tidak menontonnya di pawagam. Namun begitu, teknologi internet yang canggih ini membuatkan sesiapa sahaja mampu mendownload berbagai-bagai jenis filem melalui beberapa cara seperti torrent dan sebagainya. Aku tahu filem ini sudah agak lama ditayangkan dan aku mungkin antara orang yang agak lambat menontonnya. Akan tetapi, keistimewaan jalan ceritanya membuatkan filem ini boleh ditonton berulang-ulang kali pada bila-bila masa. Lagipun, masa aku banyak dihabiskan menonton drama-drama Jepun selain daripada filem-filem lain menjadikan filem ini diletakkan di dalam senarai menunggu untuk ditonton kemudiannya. Bagi akulah, filem ini agak melankolik di awal penceritaannya di mana ia membuatkan aku agak kasihan melihat si Benjamin yang terpaksa melalui zaman kanak-kanaknya dengan agak sadis dan tak seperti kanak-kanak lain. Dengan dilahirkan dalam keadaan yang terbalik, di mana perubahan daripada bentuk fizikal seorang tua kepada keadaan yang semakin muda, ini agak menyukarkan hidupnya sehinggalah menjelang usia 30-an. Dalam satu-satu masa, aku agak tersentuh dengan babak di mana si Benjamin yang sememangnya kanak-kanak (walaupun berfizikal tua) bermain dengan alat permainan seorang diri meskipun mungkin sesetengah orang ketawa atau tersenyum melihat babak tersebut. Apa yang paling berkesan dalam hati aku ialah bagaimana sanggupnya seorang wanita berkulit hitam mengambil Benjamin sebagai anaknya sendiri. Perasaan sayang seorang ibu memang tidak dapat dikalahkan menjadikan Benjamin seorang yang berdikari sehinggalah ke akhir hayatnya. Walaupun cerita ini hanyalah fiksyen semata-mata, namun ia cukup memberikan kesan kepada aku sehinggalah aku terfikir ingin mengepos sesuatu berkenaannya seperti apa yang korang boleh lihat. Sekian. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.