Help! merupakan album The Beatles yang kelima. Namun begitu, ini bukan cerita tentang album diorang mahupun The Beatles sendiri. Tapi, tak dinafikan bahawa kebanyakan posting aku sejak akhir-akhir ini banyak dipengaruhi oleh band tersebut kerana pengaruh diorang ke atas aku boleh dikatakan agak kuat. Help atau dalam bahasa Melayunya tolong merupakan satu perkataan yang amat powerful dan penting dalam kehidupan manusia. Tapi, bagi aku ianya amat memeningkan kepala kerana biasanya agak susah nak dipraktikkan. Maksudnya bukan ke atas aku tapi ke atas orang lain yang mana kebanyakannya agak separuh hati jika aku memerlukan pertolongan. Sebenarnya dari sini saja kita boleh tau siapa yang betul-betul kawan, dan siapa yang aku hanya gelarkan sebagai kenalan (sebab kenalan tidak bermakna kawan). Aku macam rasa aku hanya dipergunakan saja pada satu-satu masa untuk kesenangan orang lain walaupun aku menyedarinya. Tapi, tak kisahlah sebab aku percaya bahawa Dia akan membalas segala apa yang kita buat. Aku pula cuma boleh tunggu dan lihat serta bersabar sajalah buat masa ini (buat apa nak menambahkan pening, bukan?). Pada satu-satu masa, si polan akan berkata bahawa carilah dia andai kata aku ada apa-apa masalah. Dan apabila tiba waktu aku maukan pertolongan, apa sudah jadi? Cakap tak serupa bikin. Help, my arse! Aku boleh faham kalau apa yang aku minta tu agak susah nak ditolong, tapi kalau benda yang kecil pun dibuat sikap acuh tidak acuh menjadikan aku agak bengang. Akhirnya, ini membuatkan aku juga sudah terikut-ikut dengan perangai macam tu di mana aku akan sengaja memberatkan tulang pada satu-satu ketika (balas dendam, mungkin?). Bagaimanapun, tak dinafikan bahawa ramai juga antara diorang yang betul-betul menolong aku waktu aku dalam gila (kesusahan), dan ini membuatkan aku lebih menghargai diorang. Dan selesai aku menonton filem Yes Man lakonan Jim Carrey, kesannya membuatkan aku mau mencontohi sedikit sikap watak utamanya kerana terdapat beberapa nilai positif di situ. Apa-apa pun, benarlah bak pepatah Inggeris yang menyebut, “A friend in need is a friend indeed.” * Ditujukan kepada sesiapa yang mungkin terasa (aku juga, barangkali).
|
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.