Saya rasa, selepas ini lagi elok jika saya lebih banyak mendiamkan diri. Kembali kepada saya yang dahulu, iaitu saya yang tidak banyak bercakap. Saya lebih suka begitu kerana jika saya berkata-kata, apa yang saya katakan kerap kali disalah erti dan dipermain-mainkan. Ini membuatkan kepala saya sakit, dan hati saya penuh dengan kekecewaan. Jikalaulah akaun di bank saya berisi jutaan ringgit, tanpa ragu-ragu lagi akan saya gunakannya untuk “melarikan” diri ke tempat yang agak tenang. Dan kemungkinannya Eropah yang mempunyai banyak tempat yang menenangkan fikiran. Hubungan manusia dengan manusia ini kadangkala amat menyakitkan hati, lebih daripada hubungan manusia dengan alam. Oh, dan bukankah ada pernyataan yang menyebut, “Berdiam diri lebih baik daripada berkata-berkata perkara yang sia-sia?” Saya rasa, memang ada kebenarannya. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.