Aku ada terbaca kat satu blog (blog Tigasegibulat) di mana si penulisnya ada bercakap tentang “scene”. Scene yang dimaksudkan ni berkenaan keadaan yang beliau mahukan untuk sesebuah cinta itu dimulakan. In other words, beliau ni kalau boleh mahukan sesuatu scene yang biasanya banyak terdapat kat dalam filem cinta berlaku ke atasnya. Kiranya, scene ni akan seterusnya membuatkan beliau dan si gadis “yang terpilih” tu menjadi couple pada akhirnya. Secara logiknya, korang pun pada waktu mula-mula bercinta mesti ada permulaannya, bukan? Jikalau tak si hero, mesti si heroin yang memulakan sesuatu relationship tu. Jadi, berbalik kepada cerita tadi, beliau membuat satu example seperti berikut (yang mana aku ubahsuai sedikit): “Ataupun, mungkin di dalam kedai buku, tinggal satu saja naskah The Godfather Returns. Ketika saya mencapai buku itu, satu tangan cantik, boleh pada masa yang sama mencapai buku yang sama dari arah sebelah sana. Buku jatuh, kami bertentang mata.” Apa yang kelakarnya, scene yang beliau inginkan ni sebenarnya pernah jugak aku fikirkan (berangan) sebelum ni. Oleh kerana aku masih single, aku tak menafikan bahawa aku selalu jugak berangan inginkan scene atau adegan yang sebegitu berlaku dalam hidup aku. Well, fantasi yang sering aku inginkan biasanya adalah adegan ketika di waktu adanya jamuan (hari raya, hari jadi dan sebagainya). Fantasinya bolehlah aku gambarkan seperti berikut: “Ketika aku sedang duduk di bangku luar untuk berlari sebentar dari kebisingan, datang seorang gadis yang juga mahukan sedikit ketenangan. Kami pandang-memandang, dan akhirnya si gadis itu membuat keputusan untuk duduk semeja denganku. Dan malam itu kami berbual panjang lebar dengan penuh kemesraan.” Bagi adegan yang seterusnya, boleh la nanti aku fikirkan cara dan dialog untuk memikat hatinya seperti apa yang ditulis oleh si penulis blog tersebut. Aku tau, korang yang baca ni mesti gelak melihatkan fantasi aku. Tapi sebenarnya, scene sebegini banyak terdapat kat dalam filem yang mana kedua-duanya akan akhirnya bercinta. Realitinya, boleh ke fantasi aku tu menjadi kenyataan? Jikalaulah Dia memberikan aku peluang sebegitu, dan si heroin (semestinya seorang yang juga single) itu menepati cita rasa aku, memang akan aku gunakannya sebaik yang mungkin. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.