<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, August 12, 2011

Superhero

Gambar di atas inspirasinya datang daripada brader Rames yang sangatlah power ilmu grafiknya. Aku suka tengok hasil kerjanya yang sangat kemas dan teliti lebih-lebih lagi vector art kereta serta superheroesnya. Oleh itu, aku yang tengah bosan pagi tadi pun buatlah vector art Batman, cuma part mulut dan hidung tersebut aku ubahnya dengan mengambil kepunyaan Irshadim (asalnya nak buat komik pasal dia).

Dah nama pun lelaki, jadi sejak kecil memang superheroes adalah kegemaran aku sampai sekarang. Oleh itu, pantang ada filem live-action mana-mana superheroes saja, mesti aku nak tengok. Tetapi, dari dulu hingga sekarang, yang aku paling suka adalah Superman, Batman, Spiderman dan Flash.

Waktu kecil dulu pun, aku selalu meniru karakter-karakter tersebut dengan mengikat tuala dekat leher dan main dengan adik-adik aku. Ada sekali itu, aku paksa arwah ayah aku belikan kostum Batman atau Superman disebabkan dah terlalu taksub. Namun bila difikirkan balik, susah rasanya nak cari kostum superhero dekat Malaysia ini.

Jika korang naklah juga, nampaknya kenalah buat sendiri kostum superhero. Kalaulah ada dijual kostum-kostum superhero ini, aku memang nak beli. Satu lagi, daripada dulu aku teringin nak mempunyai kostum superhero Jepun iaitu Ultraman.

Tetapi sekarang kan, cosplay dah banyak dianjurkan di Malaysia. Cuma kebanyakan kostum adalah berorientasikan komik-komik Jepun. Contoh yang paling banyak dilihat dan aku suka adalah Naruto dan Bleach.

Bagi aku, kostum Ichigo Kurosaki (dalam mode bankai) itu sangat smart dan cool. Lepas itu, kalau girlfriend kau pakai pula kostum Rukia Kuchiki, lagilah sweet. Dengan itu, bolehlah buat photo shoot bertemakan kostum yang kemudiannya boleh dijadikan gambar untuk album kahwin (peh tak sangka tinggi betul aspirasi aku).

Apa sekali pun, superheroes sebenar aku tentulah arwah ayah aku dan arwah datuk aku. Mereka sentiasa menjadi figura yang aku mahu contohi disebabkan kualiti yang ada pada mereka. Aku harap, suatu hari nanti, aku pula yang akan menjadi superhero kepada bakal anak-anak aku, bukannya Naruto, Son Goku, Batman dan lain-lain lagi.

SEKIAN
3:50 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

kita buat cosplay berorientasikan karekter komik tempatan amacam? cosplay jadi gengkey ke, mat despatch ke, ali & davidson ke contohnya..

8/13/2011 10:36 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Silat Lagenda amacam? huhu

8/24/2011 2:41 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik