<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, February 19, 2011

The Singles

The Singles merupakan sebuah band rock yang dibentuk di London pada tahun 1960, terdiri daripada John Lennon, Anuar McCartney, Amran Harrison dan Amir Starr. Bertunjangkan muzik rock & roll pada awal kemunculan, band ini kemudiannya mempelbagaikan genre muzik daripada pop balada sehinggalah melangkaui rock psikedelik, di samping menggabungkan elemen-elemen klasik dan semasa. Kepopularan mereka sehingga mewujudkan Singlemania telah banyak mempengaruhi revolusi sosial dan budaya pada tahun 1960-an.

Menurut Lennon, nama The Singles dipilih memandangkan mereka ketika itu masing-masing masih lagi bujang dan belum berpunya. Untuk menarik perhatian para gadis, Lennon berpendapat bahawa status bujang mereka berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan utama di samping muzik yang baik. Selain itu, menurut Lennon lagi, beliau terpengaruh dengan filem-filem arahan P. Ramlee yang sungguh menghiburkan terutamanya Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.

The Singles mula mencipta reputasi tersendiri dalam tempoh tiga tahun pertama penubuhan mereka di London dan kelab-kelab sekitar Hamburg. Lagu-lagu awal mereka seperti P.S. Aku Cinta Padamu dan Tolong Hiburkan Aku telah berjaya mendapat perhatian pendengar setempat sebelum merebak ke seluruh negara serta seluruh dunia. Ini juga hasil kerjasama Lennon dan McCartney yang banyak menghasilkan lagu secara bersama.

Album pertama mereka, Tolong Hiburkan Aku telah diterbitkan pada tahun 1963 dan menduduki tangga pertama carta. Single keempat mereka, Dia Cintakan Kamu telah mencatatkan jualan terpantas bagi mana-mana rekod dalam hanya empat minggu pada ketika itu. Ini tidak terhenti di sini di mana album-album yang diterbitkan berikutnya turut mencapai kejayaan yang besar.

Setelah lebih 10 tahun bersama, The Singles akhirnya dibubarkan pada awal tahun 1970-an dengan menyaksikan album Biarkan Ia Berlaku sebagai kolaborasi terakhir mereka. Perpecahan ini dikatakan berpunca daripada kurangnya persefahaman di antara anggota kumpulan, terutamanya Lennon dan McCartney. Dengan pembubaran tersebut, setiap anggota kumpulan telah meneruskan kerjaya mereka secara solo.

____________________


Gotcha, cerita di atas adalah rekaan semata-mata! Walau bagaimanapun, ia masih adalah sedikit fakta ringkas sebenar berkenaan The Beatles. Kecuali fakta London (mereka sebenarnya ditubuhkan di Liverpool) dan P. Ramlee, fakta di atas adalah benar di mana aku hanya mengalih bahasa secara bulat-bulat (tajuk lagu, single dan album).

John Lennon dilahirkan pada 9 Oktober 1940 di Liverpool dan merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan The Beatles. Keupayaannya menghasilkan karya muzik telah diiktiraf ramai pihak sebagai antara bakat terbaik pernah dihasilkan.

Dilahirkan pada 18 Jun 1942, Paul McCartney telah berjaya menghasilkan satu kolaborasi hebat bersama Lennon. Selain menjadi bassist bagi The Beatles, beliau turut berbakat memainkan pelbagai instrumen muzik.

Diperkenalkan oleh McCartney, George Harrison yang dilahirkan pada 25 Februari 1943 merupakan bekas guitarist utama The Beatles. Beliau bertanggungjawab membawa masuk pengaruh budaya India ke dalam muzik The Beatles.

Ringo Starr atau nama sebenarnya Richard Starkey dilahirkan pada 7 Julai 1940, merupakan bekas drummer bagi The Beatles. Kehebatannya diakui ramai pihak yang menilai bakatnya sehingga menjadi idola kepada pemain-pemain drum lain.

SEKIAN
7:23 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik